5 TIPS MEMILIH MOISTURIZER
tips memilih moisturizer |
Walaupun pelembap ni adalah yang paling basic dalam skincare, tapi ramai juga yang tersalah pilih pelembap untuk kegunaan harian. Pelembap ni pun akan mempengaruhi condition skin kita samada lebih berminyak atau akan rasa tegang.
meh ieja share apa yang penting dalam tips memilih moisturizer
Tips Memilih Moisturizer
1. Guna Pelembap Yang Serasi Dengan Keadaan dan Jenis Kulit
🌸 kulit yang berminyak - sesuai menggunakan pelembap muka yang berasaskan air iaitu losyen atau gel
🌸kulit yang kering - gunakan pelembap muka yang berasaskan minyak iaitu ointment. Selalunya pelembap untuk kulit kering akan lebih creamy
Ini adalah untuk memastikan yang pelembap-pelembap wajah ni tak menyumbat liang pori, dan dapat mengekalkan kelembapannya ke atas kulit anda dengan lama.
2. Pastikan apakah Jenis Kulit kita
tips memilih moisturizer |
macam mana nak kenal pasti jenis kulit yang anda miliki?
Caranya adalah dengan:
Mencuci wajah kita dan lap sehingga kering dan cermat.
Tunggu beberapa saat dan perhatikan keadaan kulit uoll pada waktu tersebut.
Sekiranya kulit uoll berasa lembut dan bouncy, uoll mungkin memiliki kulit yang berminyak atau kombinasi.
Namun, jika kulit uoll berasa tegang dan tidak selesa, anda berkemungkinan besar memilki kulit kering atau tidak cukup penghidratan.
3. Apakah Fokus kita selain melembapkan Kulit?
Kita semua dah sedia maklum yang pelembap wajah bertujuan untuk melembapkan, tetapi apakah yang kita ingin capai untuk kulit seperti anti-penuaan? Hilangkan jerawat? Hilangkan parut? jadi tips memilih moisturizer ialah dengan fokus pada masalah skin kita
Tips memilih pelembap wajah mengikut target kita supaya kita dapat result yang diidamkan dan memuaskan hati! Adalah penting untuk kita sematkan dalam ingatan yang kulit kita sentiasa berubah mengikut peningkatan umur. Semakin kita menginjak umur, semakin kering kulit kita kerana pengeluaran sebum akan berkurangan. (ALCHEMIST, 2021)
4. Pilih Moisturizer yang mengandungi SPF untuk Siang Hari
tips memilih moisturizer |
Tidak kira lah kulit kita berminyak ke, kering ke, atau sensitif, perlindungan daripada cahaya matahari adalah penting menurut hampir kesemua dermatologis. Untuk pengetahuan uoll, sebenarnya salah satu perkara yang membezakan krim malam dan siang adalah kandungan SPF, selain itu, mereka tidak banyak perbezaan.
Jadi, kalau kita menggunakan moisturizer yang tiada SPF, pastikan anda menambah sunscreen. sunscreen boleh terdapat didalam skincare ataupun kosmetik
5. Cuba elakkan Bahan-bahan yang berisiko untuk menyebabkan iritasi pada Kulit anda
Menurut seorang ahli dermatologi, Dr. Andrea Cambio, ada beberapa bahan-bahan yang perlu anda elakkan dalam pemilihan pelembap muka. Di bawah adalah senarainya
🌸 Perwarna dan wangian
Sekiranya uoll mempunyai kulit yang sensitif, kulit kering atau pun kedua-duanya, bahan-bahan seperti ni boleh memburukkan lagi keadaan kulit uoll. Bahan antibakterial juga perlu dielakkan kerana ianya kasar dan mengeringkan kulit dengan meragut minyak semulajadi daripada kulit.
🌸Asid laktik dan urea
Untuk individu yang mempunyai masalah ekzema, elakkan kedua-dua bahan ini kerana ianya boleh mengeringkan lagi kulit ioll. Ekzema dan kulit yang kering adalah rakan yang baik, tetapi buruk untuk anda.
🌸 Terlalu banyak asid
Cuba elakkan AHA, salicylic acid, asid glikolik dan sebagainya kerana bahan-bahan ni meresap dalam kulit dengan jauh dan boleh menganggu kulit yang rapuh. Nasihat ni khas untuk individu yang memiliki kulit kering dan sensitif. (Fries, 2012)
Sekarang uoll dah tau mengenai tip memilih moisturizer. jadi sekarang uoll boleh cari pelembap yang bersesuaian dengan skin uoll
Kalau uoll ada masalah untuk memilih pelembap mana yang sesuai dengan skin uoll, bolehlah wasap ieja. ieja akan bantu uoll untuk dapatkan skin yang lebih sihat
Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
|0182294573
www.wasap.my/60182294573
FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja faiezah
FB Page: Ieja Faiezah
No comments:
Post a Comment