Tuesday, 14 May 2019

Fungsi Skincare Timewise 3D

💖Timewise 3D Mary Kay Untuk Anti Aging💖

Hi uolls,



Awal2 bulan puasa ni mesti terujakan menyambut ramadhan. Setahun hanya sekali je menyambut bulan yang penuh barakah ni. Tarawikh, juadah buka puasa, layan kerenah anak2 mesti buat persediaan awal. 

Sama jugalah dengan ieja. Awal2 ni macm2 idea nak masak, nak buat kuih semua. Tapi tahun ni lebih excited sebab rasa nak buat kuih raya sendiri. Dah lama cuci tangan tak buat kuih raya ni. 

Tapi dalam2 bulan puasa ni juga mak2 macam ieja ni selalunya ligat memikirkan persediaan untuk raya. Macam ieja selalu akan fikir pasal anak, suami, rumah dan tak ketinggalan memikirkan persediaan diri sendiri luar dan dalam. Dari segi penampilan dan juga kulit muka. Sebab tu ieja menggunakan skincare timewise 3D sebagai persediaan untuk dapatkan skin yang sihat. Bukan apa, sedara ieja ramai perempuan, masing2 pun jenis jujur menegur. Kadang2 tu rasa sentap sampai kedalam rasanya bila di tegur tu walaupun diluar masih mampu melemparkan senyuman. 😊😊😊

Apa yang ieja amalkan ialah full set skincare timewise 3D mary kay. Ieja memang dari sebelum guna mary kay memang jenis suka kalau guna skincare tak suka campur2. Sebab kalau campur2 ni tak tau yang mana satu  yang berkesan.

Ieja memilih skincare timewise 3D ni kerana ia merawat masalah penuaan. Almaklumlah umur pun dah nak masuk 40. Tapi  belum masuk lagilah. Tapi tanda2 penuaan dah bermula dari umur 23 tau. Garis-garis halus, tanda2 kedutan dah mula nampak. Kalau dibiarkan pasti ia lebih cepat nampak ketara. Selain tu skincare timewise 3D ni mampu membantu mencerahkan kulit kita. Jadi dah tak yah kalut nak cari skincare antiaging, nak cari untuk mencerah. Semua dah complete dalam satu set. Kesannya pun seawal 4 minggu dah boleh nampak.

Set Timewise 3D


🌹Cleanser
🌹softener/toner
🌹Day cream
🌹Night cream
🌹Eye cream


Fungsi skincare  timewise 3D

🌺 Cleanser

timewise 3D


Mana2 skincare rutin akan bermula dengan cleanser atau pencuci muka. Tapi cleanser yang timewise 3D ni berbeza dengan cleanser yang lain. Ia tidak menghasilkan banyak buih yang boleh menyebabkan kekeringan kulit. Selain itu baunya yang wangi dan sangat lembut bila digunakan di muka. Ia ada biji2 manik halus yang berfungsi mengangkut keluar kotoran2 dimuka, exfoliate sel2 kulit mati dengan lembut dan tidak rasa kasar. Kulit muka akan rasa lembut selepas digunakannya. Selain itu ia juga membantu mencerahkan kulit

Kelebihan cleanser timewise 3D

Menghilangkan kotoran pada kulit
Menjadikan kulit lebih bersih
Membuang sel2 kulit mati
Mencerahkan kulit

🌺 Moisture renewing softener

timewise 3D
Softener ini ialah toner yang membantu melembapkan kulit, melembut dan membantu menyerap skincare seterusnya dengan lebih berkesan. Uoll hanya perlu dap dapkan sahaja dan ia akan berasa sejuk dan lembap je. Ia tidak berasa berangin atau pedih seperti sesetengah toner di pasaran. Boleh dap2kan di atas kapas dan sapukan ia dari leher ke atas bagi kesan lebih hidrasi dari kulit.

🌺 Day cream SPF 30 timewise 3D

Timewise 3D

Ini antara yang penting dalam rutin penjagaan muka. Day cream iaitu yang membantu memberi perlindungan  spektrum UVA/UVB. Kalau uoll nak tau apa itu perlindungan spektrum UVA/UVB. Boleh refer


Ia juga membantu memulihkan kerosakan kulit secara semulajadi dan mengurangkan garis2 halus

🌺 Night cream

Timewise 3D

Berkesan untuk mebantu membina semula kulit pada waktu malam, memulihkan kulit secara semulajadi. Kulit akan kelihatan lebih muda dengan pengurangan garis2 halus dan kedutan. ia juga membantu meningkatkan daya kekuatan kulit

🌺Eye cream

Timewise 3D

Membantu mengurangkan tanda penuaan  dibahagian mata seperti lingkaran hitam, bengkak, garis halus dan kedutan di kawasan mata.Membantu mengekalkan kelembapan dikawasan mata selama 12 jam.

Full set ni boleh tahan laman tau. Macam ieja sendiri pakai hampir setahun. Sebab hanya perlu guna sedikit je untuk dapatkan kesan yang maksimum. 

Skincare timewise 3D memang selalu jadi rebutan. Sebab sekarang ni ramai antara kita yang dah mula sedar bahawa pentingnya skincare yang organik dan mula sedar betapa bahayanya skincare yang peeling. Memang kesannya cepat seawal 3 hari, tapi kesan pada kulit kita amat bahaya. Bukan sahaja effect pada kulit tapi ada yang effect sampai buaah pinggang sebab ia menggunakan chemichal yang tinggi.

Skincare timewise 3D dan dan semua produk mary kay dihasilkan dari bahan organik. Mary kay ni dah beroperasi selama 56 tahun. Malahan dalam dunia ni ada 2% shj skincare company ada pusat penyelidikan sendiri dan scientist sendiri dan mary kay adalah salah satu daripadanya. Sebab tu ia betul2 berkualiti dan selamat. Mary kay juga menyediakan 90 hari satisfaction guarantee. Jadi uoll tak perlu risau jika skincare tak sesuai ke atau ada masalah. Uoll boleh claim guarantee.

Sebab tu ieja setia dengan mary kay. sesuatu untuk pakai diri sendiri atau makanan perlulah yang berkualiti dan bukan yang membahayakan diri.

Kalau uoll nak bertukar dan perlukan konsultasi boleh wasap ieja. Ieja akan bantu uoll dapatkan skincare yang terbaik untuk kulit uoll

Love💕

Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573







10 comments:

  1. Salam, nice sharing. Sy pinjam post awak ye. Semoga murah rezeki

    ReplyDelete
  2. Saya pinjam info awak ye..moga murah juga

    ReplyDelete
  3. Salam.. nak tanya kalau guna set ni day cream tu kira moisturizer ke? Sebb sy jenis kulit kering.. bila nak beli set ni asyik berfikir sebb set ni tak da moisturizer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, dalam cream day & night sudah ada campuran moisturizer😊

      Delete
  4. hi sis nk tnya..blh x sy guna day cream timewise 3d ni je x guna tambahan sunscreen lain?day cream ni pn dh function as sunscreen ke?

    ReplyDelete
  5. Sye pinjam post awak yea... Semoga awak dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  6. Saya share ye info ni. Tq semuga murah rezeki

    ReplyDelete