Mary Kay Produk Penjagaan Muka Yang Paling Best
Setiap wanita sudah pasti mempunyai produk penjagaan muka. Begitu juga dengan saya. Sejak di bangku sekolah telah menggunakan produk penjagaan muka. Almaklumlah zaman dulu-dulu pergi sekolah jalan kaki hampir 20 minit untuk sampai. Bayangkanlah betapa panas terik selama 20 minit untuk sampai ke sekolah. Tapi pada waktu saya hanya menggunakan pencuci muka dan pelembap sahaja. Waktu tu Fair and lovelylah yang paling hebat.
Meningkat dewasa sehinggalah ke Universiti saya hanya menggunakan produk drug store sahaja. Antara yang paling lama saya gunakan ialah loreal. Dari sekolah menengah hinggalah ke Universiti.
Disebabkan terlalu lama menggunakan produk penjagaan muka loreal, saya mula merasa bosan dan ingin mencuba produk-produk penjagaan muka di pasaran. Namun tidak ada yang serasi dengan muka. Ada yang berminyak, ada yang gatal, ada yang naik jerawat. Mungkin faktor usia membuatkan kulit muka saya sukar mencari yang serasi. saya mula bertukar-tukar set penjagaan muka.Mungkin jika dilihat kulit muka saya tidaklah bermasalah seperti jerawat yang teruk. Tapi kulit muka saya amat sensetif dengan sinaran matahari. Walaupun hanya keluar makan di waktu lunch sahaja kulit muka dah sunburn. Itu belum lagi saya bercuti kelaut atau membuat aktiviti outdoor yang lama. Setebal manalah saya letakkan sunblock, ia menajdi semakin teruk dan gatal.
Saya terus mencuba pelbagai jenis produk. Dari kedai-kedai biasa seperti guardian atau watson sehinggalah produk-produk viral. Ada je yang tak kena. Ada yang ok tapi tak tahan dengan bau yang agak tak menyenangkan. Akhirnya saya tertarik dengan iklan produk penjagaan kulit muka Mary Kay.
Sebelum beli memang pelbagai researchlah yang dibuat. Almaklumlah harganya pun boleh tahan. Jadi perlulah lebih detail. Tapi bila dibandingkan-bandingkan dengan produk penjagaan muka yang lain dipasaran harganya amatlah berbaloi. Dengan produk yang mempunyai penyelidikan yang terperinci dan mempunyai beauty consultant yang kita boleh bertanya pada bila-bila waktu membuatkan saya percaya dengan Mary Kay. Pemakaian produk penjagaan muka yang tidak betul juga boleh membuatkan kesan sesuatu produk itu akan berkurangan.
Permulaannya saya hanya menggunakan pencuci muka dan pelembap timewise miracle sahaja. Tapi disebabkan rasa keberkesanannya amat positif, hampir setiap bulan saya akan menambah koleksi saya. Jika kita membeli dengan sedikit-sedikit sudah tentu tidak terasa bebannya.
Selama saya menggunakan produk penjagaan muka mary kay ini, saya amat berpuas hati. tiada masalah kulit kusam atau jerawat lagi.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk penjagaan Mary Kay, anda bolehlah menghubungi saya. Saya akan bantu anda untuk mendapatkan produk yang sesuai untuk kulit anda.
No comments:
Post a Comment