Tuesday, 2 February 2021

Kenapa Buat Business Mary Kay




Tau tak kenapa ieja suka dan nak sangat ada income sendiri.

Actuallly banyak sangat sebab kenapa ieja nak buat business sendiri. Nak ada duit poket sendiri. Tapi ieja nak fokus pada 1 cerita je dulu. 

Ieja anak bongsu. Memang ikut family of courselah manja dengan familykan. Anak bongsu memang selalu rapat dengan family, dengan kakak abang dan parent.

Memang rasanya walaupun hidup kami masa kecik-kecik susah, tapi hubungan family sangat rapat. Tolong each other dan rapat each other. Memang dari kecil mak dan ayah ajar agar kami sayang each other dan jangan bergaduh adik beradik. Macammana susah pun kami sama-sama membesar melengkapkan each other. Jangan ada iri hati, dan sentiasa ikhlas dalam adik beradik dan keluarga. Memang mak tak ajar kami bermewah-mewahan. Dapat sikit kongsi adik beradik, dapat banyak pun kongsi sama2.

Tapi Alhamdulillah rezeki kami keluarga semakin murah. Kehidupan mak semakin lama semakin murah rezeki. Tapi mak tetap beringat dan tak mewah. 

Tapi nak dikirakan, ieja membesar dengan tidaklah mewah tapi apa yang nak dapat, InsyaAllah mak boleh realisasikan. Tapi tak pernah pun mintak yang over2. Setakat keperluan diri InsyaAllah boleh approve dari mak. Waktu kahwin pun mak pun tak berkira dengan request2 ieja. Alhamdulillah adik beradik pun tak pernah ada perasaan iri hati. 

Tapi bila semakin besar, semakin hidup banyak cabaran. Bila masing2 dah kahwin dan ieja pun dan kahwin macam-macam cabaran. Masa kecik-kecil2 semua mak urus, bila dah besar dan dah kahwin kita kena uruskan keluarga sendiri

Nak dipendekkan cerita. Ieja bukanlah kahwin dengan anak dato, atau anak orang kaya yang sekelip mata keperluan keluarga cukup. Asben pulak keje dengan team bola. Dan akhirnya mengundurkan diri dan cuba buat business sendiri sebab kerja dengan team bola ni banyak dugaannya...selalu outstation je. Ieja pun redha. Sebab masa tu ieja pun mengandungkan kembar dan rasa tak larat untuk uruskan hal keluarga seorang diri

Masa tu ieja kerja sebagai executive di sebuah company IT. Masa tu keje tapi sebab kena cover suami dan hal keluarga, duit gaji asyik tak cukup dan tak dapat bagi dekat mak. Nak kata belanja besar tak jugak. Sebab bukan  jenis branded atau berhuha kesana sini. 

Masa kerja  tu terfikir nak balas jasa mak, sebab ayah dah tak de. Tapi rasa tak mampu je nak menghulur. Habis je duit gaji setiap bulan. Malahan kadang2 ada juga lah mak hulur2.

Dan akhirnya ieja berhenti kerja sebab nak besarkan anak2. Kos nak hantar anak2 ke sekolah ke day care lagi besar dari duit gaji dah. Dan rasa dah tak boleh nak perform dekat ofis. Tak boleh nak OT

Tapi bila berhenti kerja sebenarnya banyak yang ieja belajar. Kesusahan limitation yang ieja lalui buatkan ieja banyak belajar cara magnet rezeki, camne nak hidup berkat, macammana nak dilimpahi rezeki dan kebergantungan 150% kepada Allah.

Dulu mungkin hujung bulan ada gaji, perform ke tak perform ke akan dapat gaji. Tapi bila kita sebagai suri rumah kita tak de pendapatan yang tetap, belanja dari suami, kalau nak buat business pun baru nak berjinak2. Jadi belajar camne nak bagi rezeki melekat

Dan dari situ lah belajar dan terbuka minda untuk mengamalkan amalan untuk tarik rezeki. Dari situ baru belajar bersedekah walaupun hanya RM1 sehari, belajar konsisten buat dhuha. 

Bila ieja joint mary kay. Lagi membuka mata ieja untuk lebih banyak memberi pada mak ayah. Sangat inspired dengan mentor2 bila duit gaji yang dapat dari mary kay, dihulurkan dahulu pada mak ayah. Dan kebanyakan adalah mentor2 adalah perempuan. Mungkin kalau lelaki hulur pada mak ayah itu biasa, tapi bila tengok suri rumah, wanita dapat memberi pada mak ayah, rasa teruja sangat untuk berbakti pada keluarga. Ada yang bantu adik-adik untuk belajar dengan pendapatan dari mary kay

Jadi membuka sangat mata ieja masa tu. Lamanya tak menghulur pada mak, tak dapat belikan apa yang mak nak. Sebab anak perempuan ni lain. Dia lebih memahami apa yang maknya nak berbanding dengan anak lelaki.

Sejak tu tekad setiap kali gaji akan hulurkan pada mak. walaupun tak lah banyak mana. Tapi bermula dengan yang kecil dan tekad kepada amount yang lebih suatu hari nanti. tapi tetap akan bagi pada mak. Nikmatnya lain bila dapat berbakti pada mak, dapat belikan apa yang mak nak. Dapat realisasikan kemahuannya

Terfikir masa kecil mak dah bersusah, sanggup berkorban apa saja untuk besarkan dan sekarang nilah masanya untuk balas jasanya. Memang mak tak meminta, tapi memberi tu lebih baik dari yang meminta. Walaupun mak selalu kata tak pelah, tak payahlah. Tapi nak sangat share kegembiraan dengan mak. Bukan je dari segi kewangan. Tapi nak sangat cerita yang best2 perjalanan dalam mary kay dengan mak. Sebelum ni perjalanan berliku2 nak cerita dengan mak pun tak sampai hati. Kadang2 menjauhkan diri dengan mak sebab tak nak mak rasa vibe negatif atau perasaan sedih tu. Sebab depan mak sebenarnya memang susah nak sorok

Tapi Alhamdulillah sejak joint mary kay ni rasa semakin hari semakin seronok bercerita perjalanan dalam mary kay dengan mak, nikmat yang tak dapat dirasai masa belajar dan kerja.

Mak ieja jenis hati tisu, dia tak boleh tengok anaknya susah, tak boleh tengok anaknya sedih. 

Walaupun banyak cerita duka dalam mary kay tapi cerita yang suka masih banyak untuk diceritakan pada mak. Bila selalu buat kerja minta restu dari mka, Ya Allah terasanya doa mak tiada hijabnya.

Buat mary kay bukan untuk diri sendiri sahaja sebenarnya. Tapi untuk gembirakan mak yang selalu tengok anaknya yang tersungkur, jatuh bangun. 

Selain dari untuk keluarga ieja nak sangat tolong orang-orang sekeliling kita mana yang memerlukan. Walaupun orang kata tak dapat banyak, dapat membantu sikit pun boleh juga. Especially BC2 ieja yang sama2 dengan ieja untuk mencari income. Ramai juga antara mereka ni yang suri rumah, berkerja tapi nak cari xtra income.

Kalau uoll pun berminat nak cari side income atau nak caari career yang flexible bolehlah joint mary kay. Memang sangat berbaloi

Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573

FB: ieja yusof
Instagram: Ieja MK
FB Page: Independent Beauty Consultant Ieja Faiezah

No comments:

Post a Comment