Thursday, 12 March 2020

Punca Dan Cara Mengatasi Jerawat Pasir

💖CARA MENGATASI JERAWAT PASIR💖

cara mengatasi jerawat pasir

Sejak kebelakangan ni ramai yang tanya ieja mengenai cara mengatasi jerawat pasir. Jerawat pasir ni memang nampak tak kritikal macam bernanah atau menyakitkan. Tapi kalau dah banyak dan tak berhenti-henti ada je kat muka, memang rasa nak usik2 jeah kan dekat muka tu.

Jadi ieja pun rasanya nak share dengan uoll kenapa jerawat pasir ni wujud dekat muka kita dan bagaimana cara mengatasinya. Sebab ieja dulupun pernah mengalaminya

Punca Jerawat Pasir

🌺Kurang menjaga kebersihan wajah

Kurang menjaga kebersihan wajah boleh menyebabkan jerawat pasir ni muncul. Ia terjadi selalunya jika kita malas mencuci wajah dan juga juga malas menghapus make up dengan kurang baik juga boleh menyebabkan terjadinya jerawat pasir. Apabila kita membiarkan kotoran dan minyak dimuka ini akan menyebabkan minyak terkumpul dilapisan bawah kulit kita dan menyebabkan pori tersumbat dan wajah muka akan mengalami keradangan

🌺Hormon

cara mengatasi jerawat pasir
Hormon boleh menyebabkan jerawat pasir ni muncul. Terutama sekali pada remaja yang meningkat remaja, ibu yang mengandung atau selepas mengandung. Meningkatnya hormon testosteron boleh menyebabkan kewujudan jerawat pasir ini. Tingginya hormon testosteron boleh menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan sebum yang lebih banyak. 


🌺Salah Menggunakan Produk

cara mengatasi jerawat pasir

Salah menggunakan produk juga boleh menyebabkan jerawat pasir ni muncul. Ieja pun pernah mengalaminya...jerawatnya kecik2 dekat pipi. Tak rasa pedih tapi cuma geram apasal tak hilang-hilang dan makin merebak. Tapi bila stop pakai baru hilang. Tapi masa tu tak sape yang guide dan kita pun hanya tanya pada promoter yang mungkin hari ni kita datang kita jumpa dan esok lusa dah tak jumpa lagi. Mungkin produk tak sesuai atau mungkin salah pemilihan produk. Dan masa tu tak de 90 hari guarantee produk macam mary kay. Jadi redha jelah dengan skincare yang tak boleh guna tu.

🌺Stress

Stress juga boleh menyebabkan jerawat pasir ni. Bila stress mungkin hormon kita berubah, cara pemakanan kita berubah dan mungkin rutin menjaga wajah pun turut tempias. Biasalah bila stress semua rasa nak makan, tak kisahlah berminyak ke, alah ke apa, waktu ni memang rasa nak buat apa yang kita rasa happy. Penyakit malas ni pun memang akan wujud bila kita stress. Kadang2 nak mandi pun rasa malas inikan nak menjaga rutin menjaga muka. Lagilah kadang-kadang kelaut. Tup-tup timbul dah jerawat pasir.

🌺Pengaruh Makanan


cara mengatasi jerawat pasir

Terdapat bebrapa jenis makanan yang selalu dikaitkan dengan jerawat ni. Selalunya ialah makanan berminyak, makanan olahan susu dan jenis kekacang. Makanan penyebab jerawat adalah makanan makanan yang menyebabkan meningkat gula darah. 

Meningkatkan gula darah boleh menyebabkan insulin dalam tubuh meningkat dan produksi minyak juga meningkat. 

Sebab tu setiap orang berbeza. Ada orang mungkin tak effect jika dia makan berlebihan minyak, tapi ada orang yang agak sensetif dengan pengaruh makanan.

Cara Merawat Jerawat Pasir


🌺Jaga kebersihan diri

Kita hendaklah mandi setiap hari sekurangnya 1 atau 2 kali. Peluh dan kototan badan perlulah dibersihkan agar tiada jangkitan kuman. Pastikan muka kita dibersihkan dengan cara yang betul terutama sekali setelah kita menggunakan make up setiap hari dan pastikan muka kita dibersihkan dari kotoran habuk dan debu dari luar

Cara membersihkan muka dengan tidak sempurna juga boleh menyebabkan jerawat pasir ni terbentuk. Peninggalan minyak yang terkumpul di bawah permukaan kulit tanpa dibersihkan dengan sempurna juga boleh menyebabkan kulit muka mengalami masalah jerawat pasir.

Pori juga akan tersumbat jika kebersihan muka tidak di jaga dan boleh menyebabkan jerawat pasir ini merebak

🌺Rutin asas penjagaan wajah


Cara mengatasi jerawat pasir ni juga adalah dengan menjaga rutin asas penjagaan wajah, rutin asas penjagaan wajah juga amat penting. Bila rutin ini dilakukan boleh membantu kulit kita dapat di bersihkan secara optimum dan nutrisi untuk kesihatan kulit kita juga akan dapat dibekalkan agar kulit muka kita akan sihat



🌺Hentikan penggunaan produk merbahaya dan kasar

cara mengatasi jerawat pasir
Penggunaan produk merbahaya dan kasar akan membuatkan kulit muka kita akan merana. Terutama sekali yang menggunakan bahan kimia yang tinggi. Bukan sahaja jerawat pasir yang akan muncul, malahan jerawat yang bernanah pun akan datang sekali. 

Adakala produk yang merbahaya ni akan buatkan kulit kita menjadi jerawat yang teruk. Tapi ada juga membuatkan kulit muka kita akan jadi terlampau kering, jerawat pasir dan sensetif.

Antara Cara mengatasi jerawat pasir ini ialah memilih skincare yang tidak merbahaya yang diperbuat dari bahan botani. 

🌺Jangan garu sentuh dan picit jerawat

Tabiat menyentuh dan memicit jerawat boleh menyebabkan masalah jerawat kita semakin teruk. Ini kerana bila kita menyentuh jerawat, bakteria di jerawat tu akan terlekat di jari kita dan akan merebak ke kawasan yang lain yang kita sentuh. Maka jerawat itupun akan merebak dan terus subur. Elakkan memicit jerawat menggunakan jari dan gunakanlah alatan steril atau khidmat pakar untuk memicit jerawat

🌺Kurangkan stress dengan bersenam dan meditasi

Apabila kita stress, hormon akan jadi tidak seimbang. Bila hormon dah tak seimbang akan menyebabkan jerawat akan berlumba2 untuk datang menghinap di muka kita. Dengan bersenam dan meditasi boleh membantu kita mengurangkan stress.

🌺Menggunakan Skincare yang Betul dengan Keperluan Kulit

cara mengatasi jerawat pasir
Pemilihan skincare yang betul adalah salah satu cara mengatasi jerawat pasir ini. Untuk dapatkan skincare yang betul kita perlu tahu kondisi kulit muka kita. Samada jenis berminyak, kering atau kombinasi. Jika skincare yang betul kta gunakan pastinya kulit muka kita akan bertambah sihat.

Kita kita tahu punca dan cara mengatasi jerawat pasir ni sudah pasti kita dapat menyelesaikan masalah jerawat pasir ni.

Jika uoll nak dapatkan konsultasi percuma dan mencuba produk mary kay yang mana sesuai bolehlah contact ieja. ieja akan bantu uoll untuk dapatkan skincare yang sesuai untuk uoll dan bantu uoll untuk dapatkan kulit yang sihat.



Bestkan....kalau berminat boleh whatsapp ieja



Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573

FB: ieja yusof
Instagram: Ieja MK
FB Page: Independent Beauty Consultant Ieja Faiezah





No comments:

Post a Comment