💖Skincare Untuk Kulit Kering Dan Kusam Lumivie Mary Kay💖
Skin kita ada jenis yang berminyak, ada jenis yang kombinasi dan ada juga yang jenis kulit kering. Kebanyakan kulit muka kering ni akan mudah dapat masalah skin nampak tua sebab garis halus akan cepat terbentuk dan jeragat. Manakala mereka yang kulit jenis berminyak amat mudah untuk mendapat jerawat.
Sebab tu dalam mary kay, terdapat pelbagai jenis skincare. Ada yang yang untuk kulit kering, kombinasi dan berminyak. Bila ada pengkhususan macam ni baru masalah juga dapat di atasi dengan segera.
Hari ni ieja pun nak share dengan uoll skincare untuk kulit kering. Jadi nak tau tak kenapa kulit muka boleh jadi kering.
Punca Kulit Kering
🌺 Dehydration
Kunci untuk nampak kulit sihat dan cantik ialah kelembapan. Kalau muka uoll kurang kelembapan dan menjadi kering ini menyebabkan kulit akan nampak kering dan kusam. Sebab antara perkara penting dalam skincare ialah pelembap. Bila kita abaikan pelembap menyebabkan kulit kita akan menjadi kering dan kusam
🌺 Terlebih Exfoliate
Memang betul exfoliate ni penting untuk buang kulit mati. Tapi kalau kita buat setiap hari, bukan sahaja kulit yang mati, kulit yang sihat pun akan hilang sekali. Sebab tu kulit kita akan menjadi kering dan kusam. Nak kulit yang sihat biarlah kita tau cara yang betul untuk exfoliate kulit muka kita. Antara aktiviti exfoliate ialah dengna menggunakan scrub atau masker. Tapi kita tidak perlu buat setiap hari. Cukuplah sekadar 2 atau 3 kali seminggu. Supaya kita boleh mengekalkan kelembapan kulit muka kita.
🌺 Kulit Kurang Nutrisi
Nutrisi ni selalunya dari pemakanan dan skincare kita. Sebab tu skincare ni amat penting untuk membekalkan nutrisi kepada kulit muka kita. Selalunya kita ni suka mengabaikan penggunaan moisturizer. Sedangkan moisturizer ni yang akan lock hydration dan nutrisi pada kulit muka kita.
🌺 Sel kulit mati
Tadi ieja ada cerita terlebih exfoliate pun tak boleh. Tapi kalau uoll tak buat langsung pun tak boleh juga sebab sel kulit mati akan berkumpul dan menyebabkan kulit muka uoll akan nampak kusam.
🌺 Salah memilih skincare
Tersalah memilih skincare juga boleh menyebabkan kulit muka kita akan menjadi kering. Pemakaian produk yang tinggi merkuri boleh menyebabkan kulit akan jadi nipis dan mengelupas dan breakout.
Dah tau punca kulit kering dan kusam jom kita kenali skincare untuk kulit kering dan kusam pulak. Dalam mary kay ada beberapa set regimen skincare yang untuk kulit kering. Antaranya ialah botanical effect, timewise 3D dan yang paling latest iaitu lumivie.
Disebabkan ieja dah fall in love teruk dengan lumivie, ieja nak share dengan uoll kelebihan skincare untuk kulit kering lumivie ni.
Kenapa Pilih Skincare Untuk Kulit kering Lumivie
Kenapa ieja pilih skincare lumivie untuk mengatasi masalah kulit kering ieja?
Nak tau?
Meh ieja cerita.
Of course semua orang nak kulit cerah, tona sekata dan tak kusam. Sebab nilah major problem ieja yang dulu. Lumivie adalah set penjagaan skincare yang pengkhususannya adalah memang untuk mencerahkan kulit.
Jadi dah kena dengan jiwalah kan nak cerah dan tona sekata. Jadi disebabkan ieja ni keluar masuk rumah, umurpun dah meningkat, semakin lama kulit kita ada perubahan selari dengan aktiviti, hormon dan umur. Kulit pun menjadi semakin kering.
kadang2 kalau 2 3 hari macam terculas pakai moisturizer kulit akan rasa jadi macam kering, gatal2. Ingatnya kawan2 pakai skincare moisturizer pelembap tu bukan seminggu sekali atau 2 3 kali. Kena konsisten. baru dapat kulit yang betul2 lembap. Ada juga kata 3 hari lepas saya dah pakai pelembap tapi kulit masih kering. Berkesan pada hari yang digunakanlah sayang.... Samalah macam kita minum air. Kita minum air bukan untuk kesihatan satu hari je. Tapi perlu konsisten every day baru dapat kesannya yang maksimum.
Apa yang best dengan skincare untuk kulit kering lumivie ni, ia bukan mencerahkan sahaja kulit kita, tapi memberi kelembapan yang maksimum. Bila pakai tu rasa macam moist sangat kulit. Dan bila bangun pagi, ala2 flawless je tanpa make up.
Lumivie ni dah di upgradekan dari set mencerah dan juga memberi kelembapan yang optimum. Kebanyakan skincare untuk mencerahkan melalui fasa pengelupasan dan kadang2 membuatkan kulit kita menjadi kering. Tapi dengan lumivie mary kay ni bukan sahaja untuk mencerah tapi jika uoll yang mempunyai masalah kulit kering pun digalakkan menggunakan set lumivie ni kerana ia membantu memberi kelembapan.
Jadi kelebihan dengan skincare lumivie ni bukan sahaja mencerahkan malahan ia membantu untuk kulit kita menjadi lebih lembap dan kulit muka kita akan nampak lebih fresh.
Jom kita kenali bahan2 dalam lumivie set mary kay ni
Kandungan Utama Lumivie
🌺 Binchotan Charcoal : Hebat dalam proses melembap dan menghidratkan kulit
🌺 Black Pearl : Membantu meningkatkan daya tahan kulit serta menguatkan.
🌺 Opti- Bright Complex : Hebat dalam menentang masalah kulit kusam dan tona sekata
🌺 Samphire : Berfungsi menyimpan dan memegang kandungan air dalam lapisan kulit
Ha...bestkan sambil mencerah, menyekatakan tona kulit, mengatasi masalah kekusaman ia membantu untuk memberi kelembapan agar kulit kita akan lebih nampak berseri lagi.
Uoll belum ada beauty consultant yang boleh bantu uoll nak pilih skincare. Meh wasap ieja. Ieja akan bantu uoll untuk dapatkan konsultasi ikhlas dari hati untuk bantu uoll.
Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573
FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja MK
FB Page: Independent Beauty Consultant Ieja Faiezah
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573
FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja MK
FB Page: Independent Beauty Consultant Ieja Faiezah
No comments:
Post a Comment