Thursday, 26 December 2019

Side Income Business

💖SIDE INCOME BUSINESS TIPS 1: REPEART ORDER💖

side income business

Ramai antara kita yang nak sangat cari side income business. Nak cari duit poket sendiri especially wanita. Wanita ni memang sikapnya yang suka shopping. Ada wanita yang suka shopping barang sendiri macam handbag, tudung, pakaian dan macam2 lagi. Ada yang suka shopping barang dapur,ada yang suka shopping barang anak.

Macam ieja sendiri suka buat side income business ieja memang suka shopping. Tapi berpadalah. Tak de sampai nak berhutang semata nak dapatkan barang yang nak dibeli.

Sejak dari kerja sampailah dah berhenti kerja memang suka buat side income business. Sebab boleh shopping untuk diri sendiri, untuk anak2 dapat nak belikan mak ayah kita apa2 yang mereka  perlukan. Bukan tak boleh minta dengan suami. Tapi macam tak seronok bila tengok poket kosong lepas tu meminta-minta

Sebelum ieja buat mary kay ieja dah try pelbagai business. Ieja pernah jual tudung, pernah jual kek, kuih, muffin, supplemen turunkan berat badan, cloth diapers. MLM semua lah ieja pernah joint. Orang yang suka buat business ni mana yang ada peluang dia akan cuba. Mungkin jiwa dan minat ada dalam diri tu.

Nak kata banyak pengalaman sangat tu tak delah. Tapi macam-macam pernah di lalui. Melompat-lompat kelangit, tertonggeng, termeniarap semua ada.

Jadi hari ni ieja nak share kan kelebihan cari side income business yang ada repeart order

Kelebihan Side Income Business Yang Ada Repeart Order


🌺 Customer Akan Cari Kita Semula


Apa yang ieja belajar dari business yang dulu dan rakan2 yang suka berniaga. Kita digalakkan mencari produk yang ada repeart order. Bukannya kalau tak de repeart tu tak bagus. Bagus juga. Cuma approachnya berbeza. Sebab kalau business yang ada repeart order orang dah percaya, dah fall in love dia akan cari kita semula bila produknya dah habis. Macam ieja sebagai beauty consultant mary kay dah pastilah jual skincare, make up dan pelbagai lagi produk mary kay. Bila skincare dah habis cust akan datang kepada kita semula. Yang penting after sales service mestilah ada supaya kita dapat bantu customer dan berpuas hati dengan produk yang di gunakan.

🌺 Lebih Mudah Menjual Dengan Pelanggan Yang Pernah Membeli

Kita lebih mudah menjual dengan customer yang pernah membeli dengan kita. Bila customer dah tau nak dapatkan keperluannya mereka akan datang kepada kita semula. Proses menjual lebih mudah. Ia juga dipanggil sebagai regular customer. Bila ada regular customer yang telah mempercayai kita pasti tak perlu banyak bercerita untuk closing sale dengan mereka.

Mary Kay adalah salah satu side income business yang ada repeart order. Pencuci muka, pelembap muka sampai satu tempohnya ia akan habis dan customer memerlukannya semula untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Selain dari ada repeart order customer mempunyai banyak pilihan untuk mencantikkan diri. Maybe bulan ni customer hanya menggunakan skincare untuk merawat jerawat. Bila jerawat dah sembuh customer boleh upgradekan skincarenya kepada untuk anti aging ke, untuk mencerahkan. Mary Kay boleh jadi 1 stop centre. Customer tak perlu cari tempat lain untuk dapatkan skincare. Sebab tu ramai customer loyal dengan produk mary kay
side income business


Bila ada banyak pilihan dan produk2 terkini customer akan suka untuk berhubung dengan kita.

Sekiranya uoll nak cari side income business  untuk menambah duit poket uoll. Bolehlah jadikan mary kay salah satu dari pilihan uoll

Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beautu Consultant
www.wasap.my/60182294573/blog

No comments:

Post a Comment