💖Pengalaman Anak Bujang 4 orang Berkhatan💖
Dalam masa 2 minggu ni sangatlah sibuk bila cuti sekolah. Selalu cuti sekolah memang sibuk dengan anak2 dekat rumah. Tapi disebabkan tahun ni anak bujang 4 orang dikhatankan sekali makanya sibuknya sangat2lah bertambah.
Actually before ni nak sunatkan yang sulong je dulu. Tapi disebabkan hubby request nak sunatkan sekali jadi kita tunggulah sampai yang kecik tu darjah 2. Jadi plan nak sunatkan sekali semua terlaksana.
Bila berkhatan rasanya maknya yang lebih excited. Nak bujangkan anakkan. Memang mama nyelah yang paling sibuk cari info sana sini sebab excited nak anak bujang tu jadi bujang sungguh. Lagipun ada orang kata bila budak lelaki dah bersunat diaorg akan jadi cepat matang dan badan pun akan naik jadi besar sikit. Sebab coach bola dok bising body kecik nak main ngan team untuk umur diaorg. Tapi memangpun, bila masuk padang tu tgk anak awak comelnyelah masuk padang tu. Coach pun riso kalau masukkan dengan team diaorg kalau body kecik risiko untuk injured kena dengan player2 lain tu ada.
Untuk permulaan mamanya google dulu klinik2 yang berdekatan dan approach mana yang sesuai dengan anak2. Jadi di sebabkan anak ada game bola mama terpaksa cari yang datenye selepas 8/12/2019 sebab sebelum tu anak2 ada game bola. Jadi tak nak risikokan anak2 mama terpaksa cari selepas waktu tu.
proses mencari pun done. Decide buat 10/12/2019 dan buat di klinik qistina dengan kaedah laser. Sebab rasanya ini je yang available date dan Kos RM160 untuk tahun ni ye 2019. Tahun2 hadapan tak taulah berapa kosnya
Dah selesai bersunat kita cari google pulak cara nak jaga. yelah zaman dulu2 guna tali ikat kat bumbung rumah. Sekarang ni camne nak ikat2 kan. Google punya google jumpa satu cara yang agak sesuai dengan anak2. Alhamdulillah rasanya yang ni cara paling effective sebab senang nak bergerak
Selesai dah kotak2 untuk menjad cover bibirdnye kita bersiap sedia untuk ke klinik. Saat ni mama berdebar-debar macam2 perasaan yang ada. Takut, ngilu, risau semua ada. Memang mama2 macam tu ke. Ke iolss je???? hahahaha...Takut ada yang meraung, takut ada yang lari. Huhhhh......macam2 fikir.
Muka sebelum pegi bersunat |
Ada juga yang cuba nak larikan diri keluar dari klinik. Selamat pintu auto lock. Jadi berpusing2 dalam klinik je. Tapi ada sorang yang senyum dan volunteer nak sunat dulu. Siapakah gerangan yang melarikan diri yang volunteer biarlah dirahsiakan. Esok dah besar takut malu pulak kan bila tau.
Sebelum bersunat doc suruh berendam dulu 5 minit. enjoy lah masa ni. Sebab macam mandi jakuzi...sebab ada buih2 air tu....Maknya tengok pun syok jugak. Enjoy ya.....
Lepas je mandi terus tukar kain pelekat ye...Masa berdebar2 dah sampai..Masa ni kita tolak2 siapa dulu siapa dulu.....Hahahhah...hujah demi hujah di keluarkan supaya dapat mengelak dari bersunat dulu.
Selfie dulu sebelum bersunat ye....Masa ni senyum dah hambar....Kalau mama pun rasa debar apa tah lagi yang nak melaluinya.....
Ok sunat is done....ada yang meraung, ada yang senyap je, ada yang berbahas dalam bilik doktor tu ngan papanya...Mama sambut kat luar je sebab nak bagi moral support pada yang belum dan yang sudah....masa ni ubat bius ada lagi....meh tengok muka masing2 bila ubat bius dah nak hilang. Sebab ramaikan...jadi lambat sikit baliknya kena tunggu semua habis
Ha ni muka bila ubat bius dah nak habis...menahan sakit dan pelbagai rupa dah keluar. Mama kecut perut tengok. Kesian pun ada. Tapi nak buat camne...tahan sakit yer..sat lagi kita rehat kat rumah.
Dah landing kat rumah bagilah candu untuk hilang sakit. Dan camtulah kejadian kotak tu....Kita alas je kain atas tu tutup bibird tu takut terbang. Boleh jadi meja makan dan tempat nak letak barang sikit2. Bila tido pun walaupun gerak kotak tu bergerak ikut kearah mana.
Walaupun dah sihat sikit kotak tu masih digunakan. Sebab kadang2 waktu tido nak letak selimut bagi cover sikit. Kalau tak ngilu katanya kena kain. Rasanya effective juga lah kot guna kotak
Bila dah hari ke 3 family besar pun datang melawat. Alhamdulillah dapat berkumpul adik beradik masa diaorg berkhatan. Nak buat kenduri doa selamat rasa tak larat nak handle anak tengah bersunat dan nak buat kenduri. Jadi bagi sebelah ieja buat doa selamat adik beradik jer. Sebelah asben mungkin nanti tunggu anak sihat balik kampung dan buat kenduri doa selamat di sana. InsyaAllah...
Endingnya dengan potluck adik beradik sebab tuan rumah tak dan nak sediakan sebab jaga 4 bujang . Susah juga rupanya jaga anak sunat ni ye. macam2 ragam yang ada. Tapi bak kata orang sekali penat sekali susah.
Tapi kalau nak tanya mengenai mary kay atau nak order ieja on je...boleh whatsapp ieja ye.
Bila dah hari ke 3 family besar pun datang melawat. Alhamdulillah dapat berkumpul adik beradik masa diaorg berkhatan. Nak buat kenduri doa selamat rasa tak larat nak handle anak tengah bersunat dan nak buat kenduri. Jadi bagi sebelah ieja buat doa selamat adik beradik jer. Sebelah asben mungkin nanti tunggu anak sihat balik kampung dan buat kenduri doa selamat di sana. InsyaAllah...
Endingnya dengan potluck adik beradik sebab tuan rumah tak dan nak sediakan sebab jaga 4 bujang . Susah juga rupanya jaga anak sunat ni ye. macam2 ragam yang ada. Tapi bak kata orang sekali penat sekali susah.
Tapi kalau nak tanya mengenai mary kay atau nak order ieja on je...boleh whatsapp ieja ye.
No comments:
Post a Comment