Wednesday, 20 March 2019

Kesan Mary Kay

💖KENAPA PAKAI PRODUK MARY KAY TAK BERKESAN??

kesan mary kay

Ada yang bagi tau ieja yang pakai produk mary tak berkesan. Bila ada cust cakap macam tu, ieja mesti rasa kesian. Yelah customer dah invest nak cantikkan kulit tapi masalah kulit mukanya tak dapat di selesaikan. Sebab ieja bukan niat untuk menjual semata,, kalau boleh setiap customer yang beli mesti ieja nak bantu sampai berjaya dapat kulit yang cantik. Sama juga dengan ieja kalau dah beli sesuatu tu mestilah nak rasa kesannya. Bukan mudah kan kita nak kumpul duit nak beli sesuatu dan yang penting tak mo apa yang kita beli tu jadi pembaziran. Jadi ieja akan selidik dalam sedalamnya kenapa customer ieja ni tak dapat kesan mary kay. Produk mary kay pun mempunyai 90 days guarantee, jadi jika customer ieja tak dapat kesan yang positif kita boleh menggunakan kelebihan produk mary kay guarantee tu untuk customer ieja dapat skincare atau kosmetik yang terbaik untuknya.

Sebab tu kalau uoll beli produk mary kay jangan segan silu untuk bertanya atau bercerita kesan positif dan negatif dengan beauty consultant. Kalau uoll tak bercerita beauty consultat mary kay ni tak dapat nak tau masalah uoll. Kalau memang tak sesuai kita boleh ganti dengan produk yang sesuai. Tapi kalau dah habis baru uoll kata tak sesuai atau masalah kulit uoll bertambah teruk susah sikitlah kami nak tolong.

Itulah keistimewaan beli produk mary kay. Uoll bukan sahaja dapat produk tapi pakej dengan beauty consultant yang uoll boleh tanya 24/7. Call atau wasap je. Mereka akan bimbing uoll cara penggunaan yang betul, tips2 nak bagi lebih berkesan dan bebas bertanya apa sahaja mengenai produk yang tengah guna atau pun yang uoll berminat nak guna. Kalau uoll beli produk international yang mahal tu pun tak tentu diaorg nak jaga uoll macam beauty consultant mary kay jaga uoll.

Tau tak antara penyebab kenapa kesan mary kay tak positif 

🌺Kesan Mary kay akan berkurang jika tak konsisten

Hari ni pakai esok tak pakai. Patut pakai pelembap lepas cuci muka tapi hari ni tak pakai. Esok pakai balik pelembap. Kalau kita nak kurus tapi hari ni kita kawal makan tapi esok kita makan lewat malam pun memang makan tahun pun badan kita tak kurus. silap2 makin bertambah masalah berat badan kita adalah. Samalah dengan kulit muka kita. Penggunaan produk mary kay yang kita guna perlulah konsisten jika ingin mendapatkan kesan mary kay yang optimum

🌺 Kesan Mary kay akan berkurang jika Penggunaan Regimen Tak lengkap

Penggunaan set yang lengkap amat penting untuk mendapat kesan yang optimum. Ada yang nak guna cleanser je tapi pelembap tak mo guna. Mungkin dalam 2 ke 3 minggu nampak ok lagi. Sebab muka dah di bersihkan. Tapi lama-kelamaan kulit akan jadi statik dan mungkin akan timbul masalah kulit kering atau berminyak dan kusam. Sebab setelah dibersihkan kulit tidak di beri perlindungan. Bila kita mencuci muka juga sbenarnya lapisan lembapan kulit muka akan diangkut semasa mencuci. Sebab tu pentingnya untuk menggunakan pelembap setelah mencuci. 

Sama juga macam kita makan nasi setiaphari. kalau kita makan nasi sahaja tanpa lauk pauk mesti rasa tak best dan ada kekurangan vitamin dan zatnya. Tapi bila kita ada ayam ada sayur, ada sambal belacan memang sedap makan dan khasiatnya cukup dan seimbang.

🌺 Kesan Mary kay akan berkurang jika tak upgrade regimen

Bila dah selesa dengan sesuatu skincare tu kita state dengan skin care tu walaupun umur dah meningkat walaupun skincare tu sesuai untuk remaja. Dulu mungkin kita guna berkesan sebab sesuai dengan umur kita. Tapi bila dah berumur  Erm....kulit remaja dengan kulit yang dah meningkat usia ni berbeza. Masa muda2 kita ni tak de masalah garis halus, pori terbuka semua sebab masih tegang2. Jadi bila dah berumur ni perlulah guna regimen skin care yang ada anti aging supaya ada fungsi untuk menegang, mengecilkan pori atau senang cite yang menyelesaikan masalah penuaan. Sebab tu penting kita mengetahui skin care yang mana sesuai dengan kulit kita agar kesan mary kay dapat dioptimumkan.

🌺 Kesan mary kay akan berkurang jika campur2 dengan produk lain

Ada customer yang suka mencampurkan2 produk skincarenye. Cleanser brand A, pelembap brand B. Tak semua produk ia akan serasi bersama. Lagipun bila campur2 produk kita tak tahu yang mana memberi kesan positif atau sebaliknya pada kulit kita. Seeloknya jika kita menggunakan skincare dari produk yang sama atau satu brand je. 

Sama jugalah kalau kita keracunan makanan. Breakfast makan kedai A, lunch makan kedai B, sekali sakit perut cirit birit. Agak2 kedai mana yang kita nak persalahkan. Mesti kelirukan.

🌺 Main beli Tanpa Konsultasi

Ada antara kita yang suka nak membeli tanpa konsultasi dan bukan dari beauty consultant. Especially beli online seperti lazada dan shoppe. Company pun selalu ingatkan untuk elakkan beli  bukan dengan beauty consultant. Bila tak sesuai mula salahkan produk  dan paling sayangnya 90 satisfactionn guarantee tak akan dapat di claim.

🌺 Tak sabar nak dapat & tak percaya pada beauty consultant

Setiap kulit akan berbeza kesan mary kay. Ada yang ambil masa yang kejap dan ada yang ambil masa yang lama. Especially pada mereka yang pernah menggunakan produk yang tinggi chemichalnya. Ada juga yang tak percaya beauty consultant punya nasihat. Kita suruh stop semua produk yang diambil especially yang peeling. Tapi dalam masa yang sama rupanya diam2 menggunakan sabun peeling dengan alasan nak menghabiskan. Mulalah jerawat pasir naik. Tapi bila beauty constultant mary kay bagi tahu tak pecaya tak boleh mixkan produk.

Pening mak nak. Kita nak bantu dia tapi dia pulak tak percaya dengan apa yang kita bagi tau.

🌺 Tak berkerjasama bila Beauty consultant mary kay follow up

Yang nilah selalu beauty consultant hadapi. Kadang2 kami dah macam orang nak mintak hutang. Bila kita contact tak jawap tak reply. macammana beauty consultant mary kay nak pastikan produk tu sesuai dengan uoll. Uoll kalau ada apa2 masalah boleh terus contact beauty consultant. Kami ni mungkin ada terlepas pandang. Tapi kalau kami dapat call atau wasap dari user nak tau progress memang kami excited nak dengar cerita uoll. 

Uoll jangan riso kami tak paksapun uoll pakai lepas tu buat penambahan pembelian. Yang kami riso ialah jika produk tu tak sesuai dengan uoll. Kalau boleh memang kami nak yang beli dengan kami akan dapat result yang memberangsangkan. Memang kalau dapat positif feedback  tu memang berbunga2 dalam hati ni. Tapi kalau sebaliknya memang kami akan selidik dalam sedalamnya dan cuba atasinya.

🌺 Kulit tak serasi dengan produk

Kes ni memang ada. especially mereka yang ada masalah kulit atau kesihatan seperti eczema atau SLE. Sebab mereka ni kulit agak sensetif . Mereka2 ni kami lebih perlu bagi perhatian sebab sekiranya benar2 tak sesuai dengan kulit, kita boleh gunakan satisfaction guarantee untuk dapatkan produk yang sesuai dengan mereka. Jadi jangan segan2 untuk menghubungi beauty consultant uoll jika ada ketidak serasian. Sebab tu penting beli dengan beauty consultant dan bukan dari sumber yang tidak di ketahui.

Itulah cara kami berkerja sebagai beauty consultant. Misi kami ialah membantu uoll untuk kelihatan lebih cantik dengan kulit yang sihat. Apa yang buat kami happy ialah bila kesan mary kay amat positif dengan uoll. 

Jika uoll nak ieja jadi beauty consultant uoll, bolehlah contact seperti no di bawah. Ieja akan consult uoll sampai kulit uoll dapat kesan mary kay yang boleh buat uoll senyum sampai ke telinga.

Love💕

Ieja MK
Beauty Consultant Mary Kay

FB: ieja yusof
FB page: Mary kay independent beauty consultant ieja faiezah
Instagram: ieja MK





3 comments:

  1. Salam.. Minta copy Paste content awak ye...
    AZRA FARRAH IRDAYU AZMI

    ReplyDelete
  2. ieja...
    mintak halal saya nak print screen, letak kat status wsapp saya, ya .. twrima kasih .

    ReplyDelete