Friday 1 March 2019

Kerjaya Bersama Mary Kay

Bila kita berbusiness biarlah ia datang ikhlas dari hati. Buat benda yang kita suka menjadikan perniagaan kita sangat sebati dengan diri kita. Tanpa disuruhpun nanti kita akan sentiasa nak improvekan diri kita. Begitulah kerjaya bersama mary kay sis

Selama 3 tahun sis berhenti kerja, macam2 business sis cuba. Tapi kebanyakannya suam2 kuku. tak dapat rentaknya, tak dapat nak hadam apa business marketingnya dan adakala rasa mungkin tak jiwa. Memang sis suka blogging. Sampai nak blogging pun tak de feel apa nak share. Tapi perasaan tu lain bila kerjaya bersama mary kay

Tapi bila sis berjumpa dengan mary kay. Sis mulakan sebagai pengguna sahaja. Tapi memang berminat berniaga dan mencari2 peluang. Tapi lama-lama sis fall in love dengan produknya, suka tengok dengan sisterhoodnya dan suka dengan cara businessnya dan akhirnya sis memilih kerjaya bersama mary kay

 Sistem marketingnya pun banyak membantu  untuk merancang gerak kerja business kita . Setiap bulan akan ada promosi baru. Waktu nilah beauty consultant akan grab peluang untuk dapatkan stok dan memberi lebih value kepada customer kita

Banyak benda yang merangsang untuk kita terus mencuba dan terus berusaha. Career level yang ditunjukkan pun sangat terang dan jelas. Cara pemakaiannya pun menampakkan kita ada career dan professional. Kerjaya bersama mary kay sahaja yang sis joint yang menampakkan ia ada lebih value berbanding dengan yang lain

Jika uoll perasan mary kay banyak warna jaketnya. Ada hitam ada merah, ada biru ada yang berbatu. Warna tudung pun sama. Itulah sebenarnya career level kita dalam kerjaya bersama mary kay. Mungkin ada yang berpendapat kenapa nak tunjuk atau adakan macam pangkat2 macam tu. Tapi sebenarnya bagi sis ia menampakkan kita punya perjalanan business kita. Dan setiap warna tu boleh memberi perangsang kepada Beauty Consultant yang lain untuk berjaya macam mereka dan apa next level yang mereka perlu tingkatkan. 

Mula2 dulu bila menggunakan jaket2 tu rasa malu. Rasa macam orang lain pun kerja juga business juga, tapi tak de lah poyo macam ni. Rasa segan sangat. Yelah selama berkerja pun sis hanya guna baju biasa untuk pergi kerja, budak IT yang duk kat ofis je memang jauh sekali nak dress up lebih2. Tapi bila kita mengenakan attire yang nampak professional, sebenarnya kita akan rasa lebih yakin dan excited nak buat keje . Especially bila kita berada dalam komuniti yang ramai. Sebab selalunya kita menggunakan formal attire ni dengan formal class dan selalu pesertanya agak ramai. Jadi dengan formal attire ni kita mudah untuk orang mengenali kita sebagai fasilitator waktu tu dan mereka yakin kita boleh bantu mereka
kerjaya bersama mary kay

Selain formal attire berjaket mary kay juga ada business casual attire. Maksudnye jika ingin berjumpa prospect atau waktu tertentu kita boleh mengenakan pakaian yang kemas. Selalunya kami akan mengenakan blouse dengan skirt or palazo. Walaupun ia nampak rules yang tak freedom, tapi bila kita berhadapan dengan orang sebenarnya sangat memberi impact.

kerjaya bersama mary kay
                                       
Sis memang sempoi orangnya. Memang kalau keluar biasa dengan jeans dan tshirt. Tapi bila sis di di ajak untuk ke UKM untuk berjumpa dengan beberapa orang prospek dengan mengenakan skirt dan blouse dan simple make up, diaorang macam terpegun dan confident dengan penampilan kita. Dan sangat memberi positif impact pada customer. Sejak dari tu sis lagi confident dan faham penampilan kita sangat2 membantu untuk kita meyakinkan orang lain dengan business yang kita buat.

Tapi tak semestinya kita perlu berpakaian formal sentiasa untuk berbusiness dengan mary kay. Kita juga boleh buat kerja dari rumah. Yang ni kalau kita pakai baju tidur pun tak kisah. Kita tetap boleh menjalankan business kita. Yang ni pun idaman setiap ibu2 yang banyak kerja dirumah. Sambil buat keje sambil cari side income.



Seronok berkerjaya bersama mary kay. Adakala kita nampak professional sangat dan ada masa kita boleh buat kerja dari rumah atau dari mana2 sambil meguruskan family kecil kita. 

Bila kita happy dengan business kita, momentum kita akan lebih konsisten. Walaupun adakalaya down tapi kita tetap ada hati untuk meneruskan sebab dalam masa yang sama kita perlu untuk menjaga skin kita. 


Kalau uoll pun berminat nak jadi beauty consultant dan ingin kerjaya bersama mary kay, bolehlah contact sis ye. Sis sentiasa nak bantu uoll untuk menjadi wanita yang berjaya

Love💓
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
0182294573

Fb: ieja yusof
Fb page: Mary Kay Independent Beauty Consultant Ieja Faiezah
Instagram: Ieja MK






1 comment:


  1. Hai saya nak tanya, kalau daftar as BC MK ni, as a BC, kita yang perlu post barang customers or kita just drop the order dekat hq bagi alamat customer semua then hq yg hantar barang tu. sebab saya mmg ada bercadang nk daftar as BC MK ni tapi saya student fulltime and course saya ni hectic. takut tak sempat nak buat semua tu. lagi pun saya tak de kenderaan nak kehulur kehilir. boleh bagi pencerahan?

    ReplyDelete