Sunday 24 February 2019

Kelas Dengan Mary Kay



 Setiap 2 minggu sekali unit Mary Kay sis akan membuat unit meeting. Unit meeting ni adalah salah satu aktiviti yang mana segala ilmu dari SD2 curahkan kepada Beauty-beauty consultant yang baru dan yang lama. Yang bestnye kelas2 yang di adakan adalah untuk mempertingkatkan kendiri, meningkatkan business kita dan memang berguna untuk kita growth dalam business mary kay. Kelas-kelas yang diadakan kebanyakannya percuma untuk semua beauty consultant. 

Walaupun agak sibuk dengan urusan hakiki, sis cuba juga untuk hadir ke kelas. Sayang kalau tak dapat hadir untuk setiap kelas yang di buat. Kelas free lepas tu bermanfaat pulak dan kita amat perlukan untuk improve kerjaya kita dalam mary kay.

Kelas bermula pada pukul 10. Tapi disebabkan sis kena amik anak habis training bola, terpaksa pula postponekan masuk lambat. SD kata ok je kalau lambat pun kalau ada hal. Jadi sis minta kebenaran untuk attend 10.30. Bila nak gi amik anak tetiba rasa bau kereta macam hangit sikit.

Jadi disebabkan takut bertambah teruk, sis terpaksalah hantar kereta ke workshop. Walaupun masa tu tengok jam dah kul 10.45. Kalau ke worksyop kul berapa pulak nak gi kelas. Dah le kelas pun sampai kul 12 je. Masa tu pasrah je lah dengan waktu. Mungkin tak sempat tak pelah. Tak de rezeki nak pegi.

Lepas hantar kereta ke worksyop sampai rumah dalam kul 11.15. Mesej SD Fiza, tak dapat pegilah baru sampai rumah ni. Dengan confidentnya dia cakap datang je lama lagi ni. Berdesuplah sis pegi. Sampai2 je dalam 11.15 masa tu SD Norish yang bagi  sharing. Walaupun hanya dapat 30 minit sahaja sharing tu. Tapi pointnya sis tetap dapat bagaimana nak merecruit.



Antara point yang sis dapat, kita jangan bercerita sekali semua bila merecruit, ni akan membuatkan kita atau prospek tu akan pening dan akhirnya mereka tidak faham dan mula rasa tak confident. Perlu tahu apa yang mereka minat dan ceritakan satu persatu. Lepas satu faham baru boleh proceed dengan seterusnya. Jadi BC pun tak pening, prospek pun faham. Almaklumlah BC ni kalau bercerita memang kalau boleh semua dia nak cerita. Sebab banyak sangat yang best-best nak cerita.

Habis program dalam kul 12.30. Seperti biasa lepas je kelas kami akan bergambar. Bila bergambar baru perasan baju sedondon dengan mummylah.



Habis bergambar kami bersalam-salaman macam biasa. 


Kalau uoll nak jadikan mary kay sebagai career pun mehlah wasap sis. Nanti sis akan bantu uoll

Love💓
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultat

FB: ieja yusof
FB page: Mary Kay independent Beauty Consultant Ieja Faiezah
Instagram: Ieja MK



 

1 comment: