Aktiviti Anak-anak
Setiap hujung minggu anak-anak pasti akan ada latihan bola. Sabtu dan ahad pagi adalah masa untuk mereka beriadah.
Budak- budak zaman sekarang tak macam zaman kita dulu-dulu. Dulu permainan yang keluar peluh memang menjadi aktiviti kita seharian. Tapi zaman sekarang anak-anak nak keluar rumah pun kadang2 tak berani nak bagi. Yelah dah macam-macam kes kita dengarkan. Lagipun anak2 zaman sekarang jam 7 dah start masuk sekolah nanti kul 7 malam baru balik. Memang tak ada masa sangat untuk mereka beriadah.
Bagi pendapat sis beriadah ni amat penting untuk kesihatan dan minda anak-anak. Jika di biarkan di rumah tak habis-habis dengan gadget TV, mereka leka hingga adakala makan pun tak nak.
Tapi kadang-kadang ada juga yang berbunyi, gi hantar main bola tapi akademik ni so so je. Kadang2 terguris juga dengan kata-kata orang sekeliling kita. Anak-anak sis umur 8 hingga 11 tahun dan semua lelaki. Waktu ni lah waktu untuk mereka bermain. Mungkinlah ada parents yang pada waktu ni sudah hantar anak mereka ke tempat tuisyen atau ulangkaji di rumah. Tapi bagi sis anak-anak perlu ada masa untuk mereka beriadah dan tak boleh hanya melakukan aktiviti indoor sahaja. Bukan lamapun aktivitinya tu antara jam 8-11am. pada waktu ini jugalah sis akan menyiapkan segala kerja-kerja sis dalam Mary Kay. Bila mereka balik. Sudah tentu masa tu sis agihkan kepada mereka semula
Akademiknya sentiasa sis pantau. Dapat cemerlang atau tak dalam akademik itu bergantung pada rezeki anak. Tapi sebagai ibu kita akan sentiasa buat terbaik untuk anak2.
Sebagai ibu kita juga kena pandai bagi masa. Cabaran work from home mom bagi sis amatlah besar. Segala tanggungjawap ada ditangan kita. Tapi jika work from home, work from office.
Yang penting kita hepi dengan apa yang kita nak buat dan tau apa yang kita buat
No comments:
Post a Comment