Rutin Set Penjagaan Muka
Setiap hari kita akan terdedah dengan sinaran UV habuk-habuk dan pelbagai lagi. Walaupun saya seorang suri rumah, saya tetap terdedah dengan cahaya matahari semasa hantar ke sekolah, muka menjadi kering dan kulit tidak sekata. Adakalanya suri rumah inilah yang tidak pernah fikir pasal dirinya. Yang penting bagi suri rumah ialah urusan kerja rumah dan anak-anak haruslah di selesaikan secepat mungkin. Adakala nak mandi pun terkejar-kejar.
Sebagai suri rumah set penjagaan muka bukanlah suatu yang penting bagi saya sebelum ini. Nak pakaipun adakala tak sempat. jadi perasaan untuk memilikinya jauh sekali. Selama saya 2 tahun berhenti kerja selama itu jugalah saya berhenti menggunakan sebarang set penjagaan muka. Bagi saya tak kemana pun setakat hantar amik anak keluar beli barang je, apa yang perlu sangat skin care ni.
Lama-kelamaan kulit muka saya semakin berubah. Senang naik jerawat, nampak kusam dan menjadi semakin sensetif. Walaupun hanya sekadar pergi menyidai kain di luar, muka saya burn seperti pergi mandi di tepi pantai. Tanpa secalit set penjagaan muka, menjadikan kulit muka saya sensetif.
Ada borak-borak dengan kawan-kawan kelas lama, dia bagi tau duduk rumah nilah yang lagi banyak terdedah dengan masalah kulit muka. Masa masak dengan berwapnya, keluar masuk rumah dengan panasnya kalau tak di jaga memang akan mejadi masalah.
Walaupun duduk di rumah, saya mula terfikir untuk mula menjaga kulit muka. Aktiviti seharian saya keluar masuk rumah menghantar anak-anak, waktu memasak dengan wap masakan pasti akan ada kesannya jika saya biarkan ia berterusan tanpa sebarang set penjagaan muka.
Tapi kali ini saya mahu memulakan dengan set penjagaan muka yang basic sahaja. Jadi saya telah memilih untuk menggunakan set Mary Kay. Ini kerana Mary Kay adalah salah satu produk yang mempunyai R&D sendiri dan telah bertapak sejak berpuluh tahun lamanya. Saya telah memulakan dengan cleanser dan moisterizer sahaja untuk permulaan.
Alhamdulillah kulit saya walaupun masih belum flawless tapi nampak bersih. Selain itu saya juga lebih berkeyakinan dan tidak malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

No comments:
Post a Comment