Friday 16 August 2024

Kelebihan Jadi Agen Takaful




Macam2 business buat dah. jual baju jual tudung, jual kek, jual herbalife, jual shaklee, jual mary kay. Termasuklah quantum metal. Yang paling tak sangka sekarang buat takaful. 

jadi agent takaful ni adalah antara business yang tak pernah rasa nak cuba. Memang rasa nak lari je buat takaful ni. Rasa business berat, tak best, susah dan tak menarik. berapa kali BFF suruh buat takaful. Asyik reject je. Suruh hubby yang buat. sebab dia pernah buat. Tapi sekarang dia tak nak sebab dia nak fokus benda lain.

Tapi nak dijadikan cerita. Kehidupan family ieja makin lama makin teruk. Business makin merundum. Termasuk business hubby. Sebelum ni ieja buat business yang berasaskan produk. 

Tapi bila sumber pendapatan dah tak cukup, susah sangat nak rolling modal. Asyik terpaksa guna duit tu. Nak beli stok pun tak boleh. Tambahan pulak ekonomi tengah merundum. Semua barang mahal, kuasa membeli customer pun makin berkurang. Akhirnya terpaksa redha untuk lepaskan.

Dengan keadaan yang menekan ieja tak tau nak buat apa, ieja kuatkan hati untuk buat takaful. Walaupun rasa aku ni bukan reti pun. Tapi dalam keadaan yang memaksa kuatkan hati nak redah je buat. 

Sejak sebelum raya dah aim nak jadi agen takaful. Tapi modal tak berapa ada walaupun hanya RM80 untuk ambil exam tu. Jadi jimat2 lah sampai nak ke raya.

Sampai je raya, Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. Dapat kumpulkan RM80 untuk ambil exam. Asalnya ieja nak register dengan AIA. Ambil exam pun dengan agen AIA. Alhamdulillah lulus exam dan kena buat assessement. Memang complete semua. Tapi bukan rezeki ieja dengan AIA. Ada halangan lain buatkan ieja tak jadi agen AIA

Kebetulan masa tu ada tanya dengan Great Eastern. Memang ieja nak fokus untuk buat online. Dan terjumpa dengan GM Humaizi yang fokus takaful online. Ieja cuba tanya dan dia bantu ieja untuk cuba registerkan. Hakikatnya bukan mudah ye sebenarnya nak jadi agen takaful. Sebab kita dikawal selia oleh BNM. 

Alhamdulillah rezeki dengan Great Eastern. Yang agensinya ada di Kajang. mungkin itulah hikmahnya. Agensi dekat dengan rumah. Tapi dalam masa terdekat ieja tak boleh pergi ke kelas fizikal. Sebab ieja ada masalah transport dan campur dengan masalah2 lain. Cuma tekad nak cari modal nak bina hidup semula. 

Walaupun dah jadi suri rumah dah 9 tahun. Tapi ieja tak pernah jadi surirumah yang tak de income. Hilang arah bila tak de income sendiri dengan keadaan ekonomi keluarga yang agak terumbang ambing.

Malam siang nangis yer mengenang nasib. Nak makan biskut lemak pun tak mampu nak beli. Belum fikir hutang waktu kerja lagi. Dengan fikir keperluan anak2. Ieja bukanlah orang yang patut menanggung atau nak mengambil alih tugas suami untuk nafkah. Tapi kalau ada income sendiri, sekurangnya kita lega dan ada benda yang boleh kita usahakan sekurangnya untuk cover diri kita dan anak2. Jika ada lebih mungkin boleh ringankan keperluan keluarga.

Sebab tu ieja cari business yang tak perlu modal. Hanya bermodal RM80 je untuk ambil exam dah boleh jadi agen takaful. Exam tu sekali je perlu ambil. Dengan bermodal sekali RM80 boleh kita kembangkan pada 3 4 5 6 7 angka. 

Dengan modal serendah ni dan tak perlu uruskan stok, tak perlu duit rolling utk beli produk dan kita pun tak perlu pening takut stok tak terjual atau expiry. Buatkan ieja terbukak mata. Dapat komisyen atau untung memang macam dapat gaji. 

Cuma tugas kita ialah bagi kesedaran dan bagi perkhidmatan terbaik untuk client kita. Ada waktu bila mereka memerlukan. 

Bila dah lama dalam bidang takaful terasa napelah dari dulu lagi tak joint business ni. Mudahnyalah nak uruskan. Cuma dunia takaful ni memang banyak rejection. Hati kena kental tang tu lah. Tapi kalau rasa nak ada income kena redah dan buat.

Apa yang best lagi. Business takaful ni bukan untuk dunia sahaja. Ia juga bekalan kita untuk akhirat. Membantu client supaya dapat perlindungan waktu mereka susah. Menyediakan pelan perlindungan untuk sekeluarga. Jadi sambil berbusiness kita memberi manfaat pada orang lain

Takaful ni pun patuh syariah dan dikawal selia oleh BNM. Jadi tak perlu risau kesahihannya. Especially Great Eastern Takaful. Ia adalah well known company. Dah bertahun berada dalam pasaran negara kita. Tak de masalah scammer takaful sebenarnya. Tapi kebanyakan kes2 yang terjadi ada salah faham waktu menunggu, apa yang cover apa yang tak. Sebab tu kita kena betul2 faham sebelum menggunakan fasiliti takaful ni

kalau uoll rasa nak buat business tapi ada kekangan modal atau dah tak nak buat business stok2 ni takaful ni antara yang terbaik. Tak pening kepala nak fikir stok ke, legit ke tidak. 

kalau nak ieja bantu pun boleh. Klik je link wasap yer

🌟 Support team yang aktif
🌟 Team yang prove success dalam bantu ramai client
🌟 FREE tips/guide memaksimakan manfaat takaful
🌟 Personal Guide dengan ieja
🌟 Great Eastern adalah Takaful yang terbesar Di Malaysia
🌟 Great Eastern adalam Takaful yang tertua di Malaysia

Salam
Ieja Faiezah

Wasap:https://hiieja.wasap.my/
Tiktok: https://bit.ly/458LRW2q


No comments:

Post a Comment