Thursday 29 August 2024

Fungsi Hibah Yang Ramai Tak Tahu

Fungsi Hibah




Semalam ada dapat mesej dari prospek. Ramai yang tahu mengenai takaful tapi tak tahu fungsi hibah tu apa. Actually bukan diaorang je yang tak faham. Masa mula2 dulu pun ieja antara salah sorang yang tak sedar atau tak tahu maksud hibah. Sebab tak amik berat.

Jadi bila dah berusia baru tahu apa tu hibah? Kenapa perlu ambil hibah? Siapa yang perlukan hibah? apa manfaat hibah? Apa fungsi hibah ni?

Jadi sekarang ieja dah tau dengan jelas mengenai hibah sebab dah jadi agen takaful kan. Tak kan tak tau pulak kan. 

Jom kita tengok fungsi hibah ni dulu

👉Hibah ialah pemberian hadiah kepada seseorang dengan sukarela. Hibah merupakan suatu pengurusan harta yang di anjurkan oleh islam untuk melengkapi pembahagian harta dalam islam.

👉 Hibah ialah pemberian semasa hidup yang boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja. tak kisah ada pertalian darah atau tak. Tapi kebanyakannya ialah suami akan beri kepada isteri, isteri kepada suami, ayah kepada anak. Tapi boleh juga ia diberikan kepada anak angkat, adik beradik, ibu bapa.  dalam islam hibah ni tiada halangan untuk di beri kepada sesiapa.

👉 Hibah ni tiada had untuk diberikan kepada si penerima. Berapa pun nak diberikan terpulang kepada si pemberi. Tiada limit boleh diberikan walaupun hanya kepada anak angkat

👉 Hibah sebagai alternatif kepada pembahagian faraid. Faraid mengambil masa kerana melibatkan banyak pihak. Malahan ada juga waris tidak memberikan kerjasama untuk selesaikan pembahagian harta. Malahan untuk selesaikan faraid ni memerlukan beberapa kos pengurusan seperti kos guaman, kos dokumentasi dan adakalanya kita perlu kos pengangkutan ke sana sini untuk selesaikan urusan faraid. Jadi dengan duit hibah ni boleh bantu untuk dalam kos pengurusan faraid

Sebab tu hibah ni penting untuk waris. Supaya dapat bantu untuk uruskan keperluan untuk kelangsungan hidup.

Kalau nak tau mengenai hibah ni lebih lanjut bolehlah contact ieja ye.


KENAPA PERLU PILIH IEJA UNTUK GUIDE

🌟 Support team yang aktif
🌟 Team yang prove success dalam bantu ramai client
🌟 FREE tips/guide memaksimakan manfaat takaful
🌟 Personal Guide dengan ieja
🌟 Great Eastern adalah Takaful yang terbesar Di Malaysia
🌟 Great Eastern adalam Takaful yang tertua di Malaysia

Salam
Ieja Faiezah



Klik link ye untuk tau lebih lanjut








 

No comments:

Post a Comment