Wednesday 5 June 2024

Kenapa Ramai Orang Tak Suka Agent Takaful





 Siapa yang ada perasaan macam ni. Macam menyampah je dengan agen takaful. Ntah apa2 ntah nak asyik cerita pasal kemalangan kematian. Nak takut2kan netizen pasal benda2 negatif. Semuanya Allah punya kuasa. Tak payah nak takutkan2


Sejujurnya ieja dulupun ada perasaan tak suka dengan agen takaful. Sebenarnya bukan tak suka. Tapi macam tak nak ambil sebab rasa macam tak perlu. Percayalah dah makin berusia dan macam2 rintangan hidup berlaku. Rasa ia adalah sesuatu yang memerlukan.


Agen takaful ni sebenarnya bukanlah mendoakan uoll dapat musibah. Tapi menceritakan pengalaman dan realiti orang yang telah melaluinya. Memberi kesedaran kepada orang ramai kepentingannya. 


Samada uoll nak terima atau tak terpulang. Tapi sekurangnya kita boleh berfikir semula. Especially macam ieja yang dah mak2 ni kan. Sekarang ni memang terfikir kepentingan takaful tu sebenarnya kepada ahli keluarga. Sebab bila kita nampak ada rakan ahli keluarga yang terumbang ambing lepas kematian ahli keluarga, ada yang sangat memerlukan kewangan tapi pada siapa mereka yang mereka nak minta bantuan.

Memang sepatutnya  ahli keluarga yang membantu. Tapi ada juga kesnya yang ahli keluarga tidak dapat membantu. Ada juga yang dapat membantu tapi tak semua perkara dapat dibantu walaupun ahli keluarga memang baik2. Mereka pun kadang2 ada kekangan untuk membantu. Jadi dengan hibah takaful sekurangnya dapat meringankan beban ahli keluarga


Sama juga dengan medikal kad. Ieja sendiri pernah melalui kena menunggu anak di hospital kerajaan dari pukul 9 malam hingga 2.30 pagi hanya kerana untuk menunggu doktor yang sepatutnya datang. Tapi tak muncul2. Apa yang dimaklumkan adalah pesakit terlampau ramai dan perlu menunggu giliran. Masa tu rasa menyesal kenapalah tak ambil medical card dari dulu. Tapi sebenarnya masa kerja dulu ada medical card dari company. Tapi lepas berhenti kerja dah tak de


Kita sebagai orang dewasa dan tak sakit ni pun nak pitam rasanya bila menunggu lama. Berdiri dah duduk dah, berjalan dah. Apatah lagi anak yang injured tengah keadaan sakit menunggu giliran. Terpaksa tidur di kerusi menunggu di bahagian luar hospital sebab dah tak tahan mengantuk dan tak tahan sakit. Nak tidur di bahagian menunggu tu pastilah tak boleh sebab ramai lagi pesakit lain menunggu.


Sebab tu kita perlukan medical card untuk mendapatkan keselesaan. Mungkin masa muda2 fikir untuk diri sendiri. Bila ada anak ni barulah ada kesedaran. Tapi tulah sebenarnya medical card ni bergantung pada kita punya umur. Sebab bila umur semakin tua,  banyak risiko penyakit yang akan ada.  semakin tinggi risiko maka  harga pun meningkat.


Tapi kalau macam umur2 kita ni kalau tak nak ambil medikal kad sekurangnya ambillah hibah untuk masa depan anak2 jika sesuatu berlaku kepada kita.


Janganlah marah2 agen takaful yang dikatakan menakut2kan tu yer. Mereka mencari rezeki dengan memberi kesedaran tentang manfaat takaful. Setiap produk tu mesti ada manfaatnya. Sebab sesuatu produk dicipta untuk memberi solusi kepada mereka yang memerlukan. Kita berikhtiar untuk memberi terbaik dan keselesaan kepada ahli keluarga kita. Selebihnya kita berserah. Takkan kita nak berserah sahaja tanpa usaha dan ikhtiar.


Kalau nak cari medical card, hibah atau apa2 perlindungan boleh wasap ieja yer...Ieja letak link kat bawah.


KENAPA PERLU PILIH IEJA UNTUK GUIDE

🌟 Support team yang aktif
🌟 Team yang prove success dalam bantu ramai client
🌟 FREE tips/guide memaksimakan manfaat takaful
🌟 Personal Guide dengan ieja

🌟Great Eastern Adalah salah satu operator terbesar dan tertua di Malaysia


Salam
Ieja Faiezah

Wasap:https://hiieja.wasap.my/
Tiktok: https://bit.ly/458LRW2q


No comments:

Post a Comment