Thursday 23 May 2024

Agen Takaful

Agen Takaful Great Eastern

Agen takaful


Tak di sangka2 ieja mula berjinak2 dengan dunia insurans dan takaful. Sebenarnya dh lama kawan cadangkan jadi agen takaful. Tapi memang dari dulu rasa nak lari dari agen takaful . Rasanya ramai yang macam ieja kan.. Dengar je agen takaful kita cepat2 rasa nak lari.


Tapi bila dah berusia ni dan ada anak, barulah rasa matang untuk memikirkannya. Ieja pulak mencari2 agen takaful. Masa kerja dulu adalah medical card. Tapi sejak berhenti kerja dah tak de apa2 perlindungan. Sedihkan


Actually dah lama plan nak ada medical card. Tapi asben kata kalau nak jadilah agen sekali. Sambil guna sambil share manfaat pada orang lain. Sebab hubby masa mula2 habis belajar pernah jadi agen takaful. 


Tapi sebelum ni memang tolak setolak tolaknya untuk menjadi agen takaful. Asyik suruh suami je jadi agen takaful. Ieja tarik diri. Lagipun masa tu ada business lain yang ieja buat. Jadi macam tak berminat untuk joint takaful ni. 


Tapi disebabkan ekonomi dah makin merundum sekarang terfikir untuk cari side income. Tapi bila memikirkan ekonomi tak berapa stabil dan nak mulakan business yang ada berkonsepkan stok ni. kita fikir berpuluh kali. Nak mula kena ada stok ni perlukan modal. kadang2 ada business ada minimum kuantiti untuk kita dapatkan harga yang sesuai sebagai penjual. Kalau tak kita jual tak de untung.


Dengan anak-anak pun dah meningkat dewasa, terasa macam perlukan protection untuk  anak2. Sebab bila diaorg dah remaja, banyak aktiviti2 yang dilakukan bersendirian.


Jadi dari sebelum ni menyuruh hubby jadi agen takaful ieja mula mengambil langkah untuk berjinak2 dalam dunia takaful. Sebab sekarang ni ieja memang dah tak de keje sangat. Dapat ieja lagi faham dan mendalami ilu takaful ni


Doakan ieja yer


Love 

Miz Ieja

No comments:

Post a Comment