Thursday 14 October 2021

Vaccination Day Untuk Anak- Anak




 Hampir 2 tahun kita berperang dengan covid 19. Dan akhirnya tahun ni kita dah boleh menerima vaksin untuk mengurangkan risiko virus covid 19 ni. Sebelum hanya orang dewasa sahaja yang boleh mendapatkan vaksin. Tapi hari ni remaja dari 12 tahun ke 17 tahun pun dah boleh terima vaksin.


Anak ieja 3 orang yang layak terima vaksin. Jadi maknya yang rasa super excited. Nak pakai baju apa, kasut apa, face mask yang mana. Adoilah mak2....Anak2 rileks je. Kul 11 tau kul 3pm dah kena ada kat sana.


Alhamdulillah rezeki dapat serentak. Jadi senang sekali jalan setlekan. 



Kebetulan abangnya yang sekolah menengah tu dah dapat borang jadi ieja isi borang siap2. Sebab 3 orangkan. Nanti kena isi 2 orang setiap sorang dah jadi 6.Makanya maknya siapkan terus supaya senang tak yah kalut nak isi borang.

Masa sampai tu Ya Allah panasnya. Selamat pakai sunscreen SPF 50 mary kay dapatlah protect dari skin cepat burn. Skin ieja ni sebelum guna mary kay, panas sikit burn, nak keluar makan tengahhari pun boleh burn. Tapi sejak guna mary kay ni Alhamdulillah, kalau keluar lama sangat je burn, tapi boleh cepat recover. Ieja jenis dry skin. Jadi ieja guna yang untuk dry skin



Lepas dah setle kat luar check appointment dan scan mysejahtera semua bolehlah masuk dalam dewan. Baru sejuk sikit. Memang efficient sangat petugas2 kat situ. Walaupun ramai tapi laju je dapat vaksin. kalau duduk pun tak sampai 5 minit dah kena bangun pergi next kaunter pulak.


Anak2 pun macam2 ragam....Bergaduh juga sape nak cucuk dulu. Abang usik adik adik usik afiq. Tapi nak bergaduh pun tak boleh lama2 sebab sibuk ikut ke next2 kaunter.


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Harap2 covid ni cepatlah berlalu. Kesian anak2 nak ke sekolah. 2 tahun membesar dalam rumah jer.




Semoga kita semua dilindungi


Kalau uoll nak cari skincare boleh roger2 ieja yer


Love💕

Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
|0182294573
www.wasap.my/60182294573

FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja MK
FB Page: Ieja Faiezah

1 comment:

  1. REALLY GOOD POST, Keep it up dude ! the best page i ever visit wifitoto

    ReplyDelete