Monday 25 October 2021

Nak Tau Tak Punca Kulit Kusam

8 Punca Kulit Kusam





Ieja selalu dapat kawan-kawan yang ada masalah kulit kusam. Kadang2 diaorang ni tak tau punca kulit kusam dan sebenarkan kulit kusam ni agak subjektif. Tak macam jerawat. Bila masalah jerawat ni selalu orang nampak sebab terbonjol2 dekat muka kan. Tapi masalah kulit kusam ni orang akan nampak muka kita macam gelap tak fresh, bila make up nanti nampak macam kelabu atau tak naik seri


kadang2 ada jugak yang dah pakai skincare tapi kata kulit kusam. Yang tu kena check tau skincare yang digunakan. Cukup tak basic skincare, konsisten dan betul tak cara penggunaannya. Kadang kata pakai, tapi rupanya pakai serum je. Yang lain tak pakai. Masalah juga kalau tak dapat guide dan kalau dah bagi guide tak ikut tapi expect high kan


Ieja pun dulu pernah mengalami masalah kulit kusam ni. Kulit kusam ni sebenarnya banyak punca. Jadi penting juga kita yang nak selesaikan masalah kulit kusam ni tahu puncanya


Meh ieja share Antara Punca-Punca Kulit Kusam



🌸Pengumpulan sel2 kulit mati

punca kulit kusam


Secara semulajadinya sel kulit kita akan mati dan akan digantikan dengan sel kulit yang baru. Tapi tak semua sel kulit mati ini tidak akan tertinggal dengan sendirinya. Jadi bila ada sel kulit mati yang tak tertanggal akan menyebabkan sel kulit mati ni berkumpul di atas permukaan kulit muka kita. Inilah punca kulit kusam

🌸Tidak exfoliate 


Kita memang cucui muka setiap hari. Tapi cuci muka sahaja tak cukup untuk membuang sel kulit mati atas permukaan kulit kita. Kulit kering dan kulit mati punca kulit kusam. Ia akan menyebabkan skin kita tidak akan menyerap skincare dengan yang baik. Bila skincare tak menyerap dengan sempurna menjadikan kesan skincare tidak berkerja dengan optimum. 

macam ieja selalu guna botanical effect mask 2 untuk kulit kombinasi, dan microdermabrasion atau scrub  untuk exfoliate skin. Eh...tapi exfoliate tak boleh setiap hari ye. 2 atau 3 kali seminggu je. Banyak lagi exfoliater dalam mary kay. Kalau nak tau boleh contact ieja



🌸Dehidrasi

punca kulit kusam



Dehidrasi ni bukan jenis kulit kering ye. Tapi disebabkan oleh kurang air dalam kulit kita yang boleh menyebabkan punca kulit kusam dan muka nampak letih.

Dehidrasi ni boleh disebabkan oleh hormon, persekitaran, caffein, diet dan aktiviti harian kita dan boleh berlaku ke atas semua jenis kulit samada kulit berminyak atau kering

Solusi untuk kulit yang dehidrasi ini ialah dengan minum air yang cukup dan menggunakan pelembap.

🌸 Kurang Melembapkan kulit


Yang ni pun jadi satu punca kulit kusam. Kulit kusam amat memerlukan kelembapan yang tinggi. Tak kiralah kita jenis kulit kering, kombinasi atau berminyak. Uoll kena pakai pelembap mengikut jenis kulit supaya rasa selesa dengan pelembap yang digunakan.

Dalam mary kay ada pelbagai jenis pelembap. Uoll boleh contact ieja untuk tahu yang mana sesuai dengan uoll. samada untuk kulit kering, kulit berminyak, kulit berjerawat. pelembapnya


🌸Stress


Stress boleh menyebabkan kortisol bertambah dan memberi kesan kepada peredaran darah kepada kulit. sebab tu muka kita akan nampak kusam. 

🌸Kurang tidur


Perasan tak kalau kita tak cukup tidur kita bangun pagi nampak muka tak bermaya dan kusam. Ni disebabkan skin kita kurang waktu untuk dirawat. Waktu yang sesuai untuk tidur ialah 7 hingga 9 jam. Jadi kalau nak kulit cantik kita cuba untuk manage waktu tido kit dengan betul.


🌸Sinaran matahari

punca kulit kusam



Bila kita terdedah kepada matahari, boleh menyebabkan kulit kita kusam. Esepcially jika kita tidak menggunakan pelindung sunscreen. Walaupun matahari ni perlu untuk bekalkan kita Vitamin D, tapi bila terdedah kepada cahaya matahari yang lama boleh memudaratkan kulit kita. Malahan ia boleh menyebabkan kanser

Bila terlalu lama terdedah kepada matahari, skin kita akan kurang kelembapan, menyumbatkan pori dengan kotoran dan sekali gus menyebabkan proses penuaan akan berlaku dengan cepat. Jeragat pun suka tau kalau kulit kita kurang kelembapan.

🌸Diet tidak sihat



Tabiat pemakanan yang tidak sihat menyebabkan kulit kita tidak dapat nutrient yang secukupnya. 

Sekarang dah tau kan punca kulit kusam. jadi uoll dah boleh plan apa yang patut uoll buat. Lepas ni ieja akan cerita pulak cara mengatasinya ye.

Kalau ada apa uoll boleh je contact dengan ieja. ieja akan bantu uoll untuk dapatkan skin yang sihat

Love💕

Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
|0182294573
www.wasap.my/60182294573

FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja faiezah
FB Page: Ieja Faiezah

No comments:

Post a Comment