Thursday 2 July 2020

Tips Memilih Skincare Yang Bagus

💖Skincare Yang Bagus💖

skincare yang bagus


Hi uolss,

Ada masalah ke nak cari skincare yang bagus untuk kulit sendiri. Beli-beli tak serasi. Beli-beli tak serasi. Kadang-kadang rasa macam skincare tu tak memberi kesan pun pada kulit kita. Tak berubah pun.

Selalunya yang jadi masalah macam ni ialah mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi atau kering. Sebab golongan-golongan ni selalunya jarang ada masalah jerawat yang kronik kecuali kulit mereka breakout sebab tersalah pakai produk atau faktor2 lain. Selalunya mereka ni akan menghadapi masalah kulit kering, kusam, jeragat, tona tak sekata dan masalah penuaan. Ieja pun tergolong dalam golongan ni. Kadang-kadang ada yang kata kulit ieja tak de masalah. Tak de jerawat yang kronik. Tapi mereka2 ni tak tahu betapa sedihnya bila ada orang tegur nape pakai bedak bercapuk?, baru balik dari pulau ke?.  Kadang2 tetiba je ada nampak jeragat seketul 2 tumbuh tanpa sedar. Sebab jeragat ni akan datang senyap2 tak macam jerawat. Sentap rasanya😢😢😢😢.

Berbeza bagi mereka yang  mempunyai jerawat yang senang nak diukur kesan sesuatu skincare tu. Kecut jerawat bermaksudnya masalahnya selesai. Tapi tu juga bergantung pada  pemilihan yang betul atau tak. Kalau salah percaturan jerawat tu mungkin hilang sekejap dan lepas tu akan mula merebak semula. Selalunya kalau masalah ni akan berlaku pada mereka yang suka nak rawat segera dan nak nampak kesan secepat yang mungkin dan tersalah menggunakan produk yang tinggi chemichal atau peeling.

Nak tau apa tu peeling produk boleh tengok dekat link ni


Selalunya kalau kita nak cari skincare yang bagus mesti kita fikir yang untuk mencerah, yang untuk anti aging atau nak hilangkan jerawat. Yes memang betul nak cari skincare cari yang yang kita nak selesaikan masalah kulit muka. Tapi ada faktor-faktor lain juga yang perlu kita titiberatkan. Untuk mendapatkan skincare yang bagus untuk kulit muka kita ada beberapa perkara yang perlu kita fokuskan dulu.

Meh ieja share tipsnya

🌺Fokus pada masalah kulit

Yang ni selalu jadi masalah pada ieja dulu2. Dulu pegi beli skincare fikir nak cerah je nak flawless. Dalam erti kata lain fokus nak cantikkan kulit bukan selesaikan masalah kulit. Patutnya kita perlu selesaikan masalah kulit baru perjalanan untuk ke kulit yang cantik dan sihat akan berjaya. Bila kulit sihat barulah kulit muka akan nampak cerah dan flawless. Sebab tu kadang2 tepek dah krim pencerah tapi tak putih2 tak flawless2.

🌺Kenali Jenis Kulit

Dulu beli skincare main redah je beli. Tak de pun nak pilih yang jenis berminyak ke kombinasi ke kering. Memang jarang2 ambil tahu waktu beli skincare. Lagipun kebanyakan skincare dekat market pun akan jual yang untuk mencerah, untuk anti aging dan kebanyakannya pukul samarata untuk jenis kulit berminyak, kering dan kombinasi. skincare yang bagus sebenarnya adalah yang menyelesaikan masalah kulit kita mengikut jenis kulit. Bila masalah jenis kulit ini dapat diselesaikan barulah kulit kita akan akan lebih sihat dan berseri. Jerawat, jeragat, kusam dan semua masalah kulit boleh diselesaikan. Keperluan kulit dan rawatan setiap jenis kulit adalah berbeza.

skincare yang bagus

🌺Pastikan Keperluan Kulit

Yang ni selalu menjadi masalah bila kita nak beli skincare yang bagus untuk kulit muka kita. Kita sendiri tidak pasti keperluan kulit kita sesuai atau tak dengan skincare tu. Contohnya ialah kita ingin menyelesaikan masalah jeragat. Tapi kita hanya membeli skincare untuk mencerah sahaja tanpa memikirkan skincare tu ada fungsi melembap tak, ada spf protection atau tak. Sedangkan jeragat ni selalunya disebabkan kulit kekeringan dan antara puncanya kita tidak menggunakan sunscreen  untuk menghalang sinaran UV terus masuk ke kulit kita. Sebab tu kita perlu kenal pasti apa keperluan kulit kita supaya masalah kulit muka akan dapat diselesaikan.

🌺Beli ikut keperluan

Kadang-kadang kita ni beli mengikut trend dan bukan ikut keperluan kulit. Sebab tu bila guna tak dapat kesan yang optimum. Ada satu masa trend menggunakan serum. waktu ni memang ramai yang mencari serum. Sebab katanya serum ni 10 kali lebih berkesan dari pelembap. Yes memang betul. Tapi malangnya basic skincare yang digunakan tak lengkap. Sebab tu serum yang di beli tu tak berkerja dengan baik di muka kita. Beli serum tapi tak cuci muka. terus je pakai serum. Agak2 sebelum serum tu nak meresap ke kulit kita tu banyak halangan tak dengan habuk2 dan liang pori tu tersumbat. Sebab tu penting kita tahu keperluan skincare kulit kita. Tapi kena ingat tak semua serum sesuai dengan semua kulit. Silap2 ia akan menyuburkan lagi jerawat di kulit muka kita.

Antara skincare yang perlu ada ialah macam gamba kakak di bawah ni. Baru kita boleh dapat kesan yang paling optimum
skincare yang bagus

🌺Buat research produk

Ni pun satu masalah bila nak cari skincare yang bagus. Tengok orang kulit cantik pakai sesuatu produk tu terus terpengaruh. Apa yang ada dalam kandungan tu pun tak ambil kisah. Asalkan kulit cantik. Sebab tu ramai yang terjerat dengan produk peeling atau merbahaya untuk kulit. Mula2 pakai cantik dah lama2 pakai macam2 masalah yang muncul jerawatlah, mengelupaslah dan macam2 lagilah.

 Nak tau kenapa uoll perlu memilih mary kay sebagai pilihan uoll

skincare yang bagus
perlu mencari skincare yang berkualiti dan selamat


🌺Kerap Bertukar Produk

Kerap bertukar produk juga boleh menyebabkan skincare yang bagus pun tak berkesan. Baru guna seminggu 2 kata dah tak berkesan. Lepas tu kadang2 pakai tak konsisten dan culas2. Lepas tu tukar lagi. Macammana nak berkesan kalau macam tu. Lagipun bila kita selalu sangat bertukar skincare akan menyebabkan PH kulit kita tak stabil dan pelbagai masalah kulit tidak dapt diselesaikan.

Skincare yang bagus akan berkesan jika kita memilih yang sesuai mengikut keperluan kulit kita. Pilih skincare yang menyelesaikan masalah kulit bukan mengikut nafsu untuk cantik. Jangan terpedaya dengan iklan2 yang instant cantik. Sebagusnya pilihlah organik skincare dan bukan tinggi chemichalnya.

Sebab tu dalam mary kay kita ada beauty consultant. Beauty consultant selalunya akan buat analisa kulit muka dahulu dan kemudiannya baru cadangkan produk yang sesuai. Produk skincare dalam mary kay juga ada pelbagai jenis dan menyelesaikan pelbagai jenis masalah kulit muka. Kalau nak tengok jenis2 skincare boleh cek kat link bawah ni


Jika uoll berminat nak tau lebih detail mengenai mary kay. Boleh contact ieja. Ieja akan bantu uoll untuk dapatkan skincare yang sesuai dengan kulit uoll

Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant

FB: ieja yusof
Instagram: Ieja MK
FB Page: Ieja MK

1 comment:


  1. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete