Saturday 30 May 2020

Perjalanan Career Mary Kay

💖Naik Pangkat dengan Career Mary Kay💖



Assalamualaikum...

Hari ni santai2 je nak share dengan uoll. Asyik cerita pasal produk pasal skin je kan. Jadi hari ni ieja nak share perjalanan business ieja dalam mary kay.

Dalam kekalutan orang kena buang kerja, hilang business, business merundum Alhamdulillah dalam masa sekarang ni ieja telah dapat maju setapak lagi calam career mary kay. Mula2 cite dengan kawan
lk
"Aku dapat naik pangkat".

Kawan pun pelik,

"ni tengah PKP tengah musim corona ni orang banyak hilang keje ko naik pangkat pulak".

Baru macam eh...haahlah....musim ekonomi merundum ni tapi dalam mary kay masih boleh mencari rezeki lagi. Masih ada orang mencari skincare lagi. Ye memang ada yang terkesan dengan ekonomi, tapi masih ada yang berkemampuan. Tak semua orang terkesan dengan ekonomi. Ada juga business2 yang meletop2 meningkatnya di musim ekonomi merundum ni

Alhamdulillah sejak bulan 3 perjalanan dalam career mary kay semakin smooth. Rezeki ieja dapat bantu kawan2 yang lain untuk dapatkan skin yang sihat makin bertambah. Di musim startnya corona virus ni ramai yang mengambil peluang untuk pulihkan skin yang dah lama terbiar dan mengambil peluang untuk merawat skin yang tak sihat.

Career mary kay


Dalam mary kay, kita ada juga tangga kejayaan. Tangga kejayaan ni bukanlah untuk mengejar pangkat dan menjadi bos sebenarnya untuk kita mengarah atau goyang kaki untuk dapat duit dari orang lain. Tapi ia lebih pada membantu beauty consultant dan memberi semangat pada semua beauty consultant untuk ada hala tuju dalam business mary kay. Sebab tu mary kay bukan sahaja business untuk mendapatkan duit sahaja. Tapi lebih pada mencipta career yang kita usahakan sendiri.

Bila kita sudah move up career ini bermakna kita perlu bantu orang yang kita bawa dalam dunia mary kay pula untuk ubah hidup mereka, untuk ubah penampilan mereka supaya mejadi lebih baik. Perlu menjadi leader yang lebih baik untuk membimbing mereka. Bukan sahaja perlu memikirkan sale atau keuntungan kita sendiri.

Dalam bulan march 2020, ieja dah move up career dari team leader ke Future Indeendent Sale Director (FISD). Ini bermakna ada 1 tapak lagi untuk melangkah ke  Sale Director.

APA YANG BEST JADI SALE DIRECTOR

Yang ni adalah salah satu matlamat menjadi seorang Beauty Consultant. Sebab bila jadi sale director, kedudukan kita dah agak stabil dalam mary kay. Kalau dah bersungguh2 buat mary kay pastilah kedudukan kewangan yang kita nak kukuhkan.  Tapi kalau kita tak berkerja mengharapkan orang bawah kita sahaja yang berkerja dah pasti tak kemana pun sebagai SD. Sebab tu bila dah jadi SD tanggungjawap kita dah semakin besar kerana team kita dah makin ramai dan perlu bantu ramai lagi

Bila dah jadi sale director suit corporate kita pun berubah. Ni yang best bagi ieja. Nampak profesional dan berkeyakinan bila pakai tu. Dulu keje pun tak dapat pakai suit corporate. Budak belakang tabir je. Selalu blouse jeans, sandal je. Nak pakai kasut tinggi pun malu-malu je dulu. Sekarang ni nak bergaya dengan heels pun dah tak malu.

Apa kelebihan Naik tangga kejayaan dalam career mary kay

Setiap orang mesti ada yang dia inspired jika naik tangga kejayaan dengan mary kay. Inspired setiap orang tu mungkin berbeza. Bagi ieja antara yang best dalam meiti kejayaan dengan mary kay ni ialah

1. Suit corporate akan berubah. Dari hitam ke merah, dari merah ke maroon. Yang ni akan menjadi guideline kejayaan kita sampai ke tahap mana. Kepuasan kita sendiri mencapai sesuatu tahap dalam perjalanan career kita. Jadi macam ieja bukanlah suka sebab nak tunjuk dengan orang riak kita dah sampai sesuatu tahap tu. Tapi lebih mengukur diri sendiri untuk sampai ke tahap mana. Challenge diri sendiri untuk mencapai sesuatu.

2. Tangga gaji atau commission akan bertambah - Of couse ieja buat business nak xtra income. Dan BIG WHY ieja ialah nak money freedom. Jadi dengan tangga kejayaan ni mejadi garis panduan untuk ieja capai impian ieja. Setiap business yang kita buat tu mesti ada matlamat. Takkan nak berada di takuk yang lama selamanya. Dengan tangga kejayaan akan guide ieja untuk capai dan terus berusaha untuk naik dan terus naik dalam career mary kay ieja.

3. Bila dah ada matlamat setiap bulan untuk kekalkan prestasi, banyak sangat bonus yang kita boleh dapat. Banyak sangat hadiah yang kita boleh perolehi. Siapa tak suka hadiahkan. Setiap bulan memang akan ada challenge yang best2. Dari amount kecik hinggalah ke amoun besar. Jadi secara automatiknya bila kita follow apa yang kita buat, dari hadiah kecik sampailah hadiah besar kita akan perolehi. Kadang2 company bagi hadiah bag, kadang2 skincare, kadang2 make up. Tu yang best....Bukan senang orang nak bagi hadiah setiap bulan. Suami sendiri pun susah nak bagi hadiah setiap bulan.

Memang ieja ada impian yang besar dalam mary kay. Tapi setiap perjalanan orang tak sama. Ada yang cepat ada yang lambat..yang penting kita tak putus asa berusaha..

Doakan ieja terus success dalam mary kay dan dapat bantu orang lain untuk dapat skin yang lebih sihat dan bantu mereka untuk generate income.

Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573

FB: ieja faiezah
Instagram: Ieja MK
FB Page: Ieja MK

No comments:

Post a Comment