💖KENAPA LIPSTICK MATTE MARY KAY BEST💖
Hi uolls,
sebagai seorang wanita mesti rasa lipstick tu penting sangatkan. Paling tidak ada sebatang lipstick dalam koleksi. Yelah kalau tak nanti muka nampak pucat je kan. Lipstick ni pun ada macam2 jenis. ada lipstick matte, ada lip gloss, ada shine dan macam2 lagilah.
Uoll suka yang mana. Ieja suka semua jenis asalkan warnanya matching dengan skin tone kita. Tapi memang jarang atau boleh dikira kot warna merah2 ni ieja guna. Persepsi ieja kalau ieja guna nampak muka garang. Mungkin pernah tapi tak berapa pekat sangat warna merahnya. Tapi kalau nak buat class, atau ada seminar kecantikan ke adalah guna. Kena guna ikut majlis.
Ramai antara kita suka guna yang lipstick matte. Sama juga dengan ieja. Suka juga lipstick matte ni. Tapi ieja kulit jenis cepat kering. Bila pakai kena tebal2 sikit supaya tak nampak bibir yang bergaris 2 atau kering tu. Selalu pakai lip matte pasti akan merana sebab jadi warna hitam dan kadang2 mengelupas, atau kadang2 nampak macam terkupik kulit tu. Spoil rasanya kalau lipstick buat hal macam tu. Ieja boleh pakai lipstick semi matte dari mary kay. Yang tu sesuai dengan bibir ieja dan tidak mengelupas atau nampak hitam.
lipstick matte |
Sebab ieja suka guna lipstick semi matte ni ialah
👄 Tekstur gel yang selesa
👄 Warna yang lama
👄 Tak mengeringkan bibir
👄 Kesan yang lembut dan mengurangkan tampilan garis halus pada bibir
👄 Melembapkan bibir sebab ada kandungan minyak matahari dan ekstrak jojoba.
Lipstick matte ni ieja selalu guna untuk leisure2, pakai harian dan waktu tak berapa formal. Tapi kalau pergi rumah kawin ke raya suka lebih gojes sikit dengan tambahan lips gloss.
Nak gi rumah kenduri tu nak beli lipstick lain ke yang lips gloss tu. Selalunya ieja hanya menggunakan warna yang ada tu jer. Boleh je mixkan lip matte dengan lip gloss. kadang2 yang kita mixkan tu lagi nampak cantik warnanya dari warna yang sebenar.
Ieja suka mixkan always apricot dengan lips gloss pink parfait mary kay. Always apricot warnanya memang cantik. Nude tapi warna agak terang tapi sesuai dengan skin tone ieja. Pink parfait mary kay ni kalau digunakan ia sahaja tak berapa sesuai dengan skin ieja sebab warna pink cerah sesuai untuk yang berkulit cerah. Tapi bila mixkan dengan lip matte always apricot ni nampak lagi sweet dan tak nampak pelik dengan muka ieja. Jom ieja sharekan
Semoga terhibur dan dapat idea macammana nak pelbagaikan lipstick uoll
Kalau uoll berminat nak dapatkan lip matte ni boleh wasap ieja. Ieja akan bantu uoll pilih mana yang sesuai dengan warna kulit uoll
Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573
FB: ieja yusof
Instagram: Ieja MK
FB Page: Independent Mary Kay Beauty Consultant Ieja Faiezah
FB: ieja yusof
Instagram: Ieja MK
FB Page: Independent Mary Kay Beauty Consultant Ieja Faiezah
Terima kasih infonya, Dan jangan lupa selalu gunakan Lipstick Matte untuk kecantikan wajah.
ReplyDelete