💖SIDE INCOME MARY KAY💖
side income |
Hi uoll
Bz ke hari ni. Tengah sibuk cari run business ke tu. Atau tengah cari idea nak buat business apa. Bagus tu ada inisiatif nak cari side income. Sekarang ni barang semua dah mahal. Tambahan kalau ada anak ni lagi banyak nak belanja.
Ada orang buat business memang nak cari duit lebih, ada orang buat business memang hobi. kalau jenis hobi ni selagi dia tak dapat betul2 punya business, kalau boleh semua benda dia suka nak jual. Sampai kadang2 untuk tak berapa nak untung, tapi sebab minat. Dia buat juga. Yang jenis macam tu memang baguslahkan nak buat business yang serius.
Macam ieja juga memang minat business, dan sebenarnya lebih suka pada sharing. Masa keje dulu sampai kalau tak jual pun tapi share beli as dropshiplah. Share dengan kawan2 sebab nak dapat murah.
Sampai satu masa ieja berkenalan dengan mary kay. As usual ieja memang selalu joint as member sebab nak dapat harga murah. Sebut je MLM ke jual2 dropship ni selalu je ieja joint. Sebab mencari business yang betul2 boleh bantu ieja cari side income.
Tapi mary kay ni antara business yang ieja betul2 fall in love dan rasa ia terkena tanpa sengaja dengan jiwa. Bukan sebab sepenuhnya profitnya. Profit tu penting juga. Mana ada business nak rugi kan. Buat side income sebab nak poket kita berisi dan kalau boleh tebalkan. Tapi sebab mungkin perasaan nak cantik tu memang naluri perempuan. Ops cantik tu tak semestinya suka make up tau. Kalau posting ieja pun memang jarang kot ieja cerita atau bebel sebab make up. Tapi lebih banyak pada skin care. Maksudnya cantik2 bagi ieja tu nak muka nampak natural beauty je dan less make up je. Kulit ni pun anugerah Allah juga. Perlulah kita jaga
Bukan bermaksud ieja buat mary kay memang dapat sale melantun2 banyak je tak pernah rugi atau sentiasa dapat untung besar. Tapi sebab minat dan kena dengan jiwa dan selari dengan keuntungan yang ieja dapat. Tambahan rasa mudah nak jual sebab orang dah kenal kualiti produk dan keberkesanannya. Skincare ni pun salah satu keperluan dan selalunya ada repeart order.
Dugaan buat business ni tetap ada. Ieja bukan jenis salesperson. Ieja bukan mulut manis yang pandai menjual, tapi ieja sangat seronok kalau dapat sharing benda yang bermanfaat dengan kawan2 yang lain. Bila sharing tu benda tu ikhlas dari hati. Terus terang ieja cakap, ieja tak pandai nak suruh orang beli benda yang tak perlu atau dia tak guna. Sebab bagi ieja, ieja bantu kawan2 orang sekeliling untuk improve skinnya bukan memikirkan kepentingan poket ieja sahaja. Sebab ieja sendiri jenis beli yang perlu. Itulah konsep dalam mary kay. Jual mengikut keperluan customer, bukan kepentingan kita. Sebab tu rasa boleh bertahan lama untuk mencari side income dengan mary kay.
Senang sangat ke jual mary kay ni. Tak de business yang mudah. Kalau mudah sangat tu mungkin rezeki Allah nak bagi dekat kita. Ieja pun ada cabaran sendiri. Ieja house wife yang perlu menguruskan anak2 sekolah. Walaupun house wife ieja ada kekangan untuk kemana2 sebab terikat dengan jadual sekolah anak. Bagi ieja waktu keje dulu lagi banyak masa untuk diri sendiri. Ini pun kadang2 makan ala kadar je sebab nak kejar masa urus anak, urus rumah.
Antara cabaran ieja dalam buat side income mary kay ni, ieja sukar untuk keluar buat SCC atau buka booth. Kalau nak ikutkan kawan2 yang lain atau senior2 cerita buat SCC atau booth ni lagi senang ak dapat sale dan nak dapat prospek. Tapi kekangan ieja dengan anak2 memang tak dapat dielakkan. Sebab tu ieja selalu menggunakan medium online untuk menampakkan ieja as beauty consultant. Seronok tengok kawan2 dapat keluar buat Skin care class dan buka booth. Tapi ieja tak nak jadikan itu alasan untuk ieja bertukar kepada business lain atau putus asa dengan mary kay. Ada juga rakan2 mary kay yang lain berjaya dengan menggunakan online sebagai medium. Tapi bukanlah bermakna ieja buat online semata. Ada juga kadang2 keluar jumpa prospek kalau area2 dekat2 ni. Cuma masa tu agak limited.
Orang merendah2 kan kita pun ada juga. Pandang sinis je dengan kita. Jual mary kay?. Ramai dah jual, banyak dah skincare best2 kat market. Rebrand atau Jual timbang kilo punya lagi untung besar. Its ok. Bagi ieja itu semua cabaran. Kita memang tak dapat puaskan hati semua orang. Yang penting kita tau kekuatan produk kita. Nak cari business yang tiada persaingan memang susah macam monopoly business. Setiap business besar ke kecik ke mesti ada persaingan. Tapi itulah cabaran business. Yang penting percaya pada company yang kita joint dan percaya pada produk yang kita buat. Bukan hanya fikir keuntungan sahaja.
Up and down dalam misi mencari side income itu lumrah. Tapi jika kita buat business dengan apa yang kita minat, dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah kesulitan tu akan menjadi kemanisan untuk kita. Momentum dan semangat pun akan lebih konsisten dan tak de siapa mudah mematahkan semangat kita.
Percaya rezeki Allah yang bagi dan kita buat business ni kerana Allah.
Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
www.wasap.my/60182294573
FB: ieja yusof
Instagram: Ieja MK
FB Page: Independent Mary Kay Beauty Consultant Ieja Faiezah
FB: ieja yusof
Instagram: Ieja MK
FB Page: Independent Mary Kay Beauty Consultant Ieja Faiezah
No comments:
Post a Comment