💖Tips Memilih Skincare Yang Tepat Mary Kay💖
Hi uolls
Uolls yang tengah mencari skincare mary kay pasti kadang2 kelirukan. Yang mana satu nak pilih ni. Tak de ke yang 1 skincare boleh solve semua problem. Saya nak cerah tapi saya nak ada anti aging tapi saya ada jerawat juga. Mana satu yang sesuai dengan kulit saya. Pening ni nak memilih skincare yang tepat untuk kulit kita. Of courselah kita nak pembelian yang berbaloi dan memberi kesan yang maksimum. Dalam mary kay pun dah ada 6 rejim skincare. Itu belum di pecahkan lagi mengikut kesesuaian kulit lagi.
Sebab tu ieja nak share tips memilih skincare yang tepat untuk kulit uoll. Sebab dalam mary kay ada pelbagai jenis skincare. Yang mana yang boleh memberi kesan yang paling optimum.
tips memilih skincare yang tepat |
Banyakkan skincare mary kay. Ada set untuk remaja, ada set untuk jerawat, ada set untuk mencerah, ada set untuk anti penuaan, ada set untuk kurangkan tanda penuaan dan ada juga untuk lelaki. Skincare mary kay ni memang sesuai digunakan oleh seisi keluarga. Bukan mak2 je yang nak flawless nak cantik. Tapi dari anak, mak dan bapanya sekali. Tapi sebagai pengguna kita mesti tahu set yang mana sesuai untuk kulit kita. Tapi cara nak tau kenalah bertanya dengan beauty consultant yang bedaftar dengan mary kay. Jangan beli di portal2 online yang tak de beauty consultant membantu. Nanti diragui skincare yang dipilih tidak sesuai dengan kulit uoll. Konon nak jimat tapi banyak pembaziran sebenarnya.
Dalam mary kay skincare yang diformulasikan akan mengikut masalah yang dihadapi. Ini untuk memastikan supaya skincare tu betul2 dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sama juga kalau kita ada masalah kulit. Kalau kita mengalami masalah gatal2 kita pergi klinik general sudah pasti hasil ubat yang kita dapat agak general juga dan hasilnya pun agak gitu2 je. Tapi jika kita pergi ke klinik pakar kulit sudah pasti ubat yang kita dapat betul2 untuk masalah kulit yang kita hadapi dan dapat ubat yangberkesan dengan masalah kulit yang kita hadapi.
Tips Memilih Skincare Yan Tepat Mary Kay
🌺 Umur
Tips memilih skincare yang tepat |
Dalam mary kay ada pelbagai jenis skincare. Ada yang untuk remaja, untuk yang nak masuk ke alam penuaan dan ada yang dah masuk ke alam penuaan. Jadi faktor umur ni juga akan mempengaruhi jenis kulit dan skincare kita. Jadi selalunya ieja akan kenal pasti dahulu umur sahabat yang ingin mendapatkan kulit yang sihat ini supaya ia sesuai dengan skincare yang akan dicadangkan. Tapi faktor umur juga tak semestinya kita dah boleh cadangkan yang sesuai. Ada beberapa kondisi yang lain beauty consultant ni ambil kira lagi. Sebab faktor umur tak mencukupi untuk mencadangkan skincare yang mana yang sesuai.
🌺Jantina
tips memilih skincare yang tepat |
Jantina juga memainkan peranan dalam memilih skincare yang tepat. Lelaki dan wanita tidak mempunyai jenis kulit wajah yang sama. Ditambahkan lagi wanita ni memang sangat terdedah dengan masalah bertukar2 skincare. Tapi tetap ada juga kaum adam ni mempunyai masalah kulit seperti jerawat. Tapi selalunya disebabkan oleh hormon atau semulajadi. Nak tau jerawat hormon boleh klik link 👇👇👇
🌺 Masalah Kulit
Tips memilih skincare yang tepat |
Ini adalah perkara yang paling penting dalam memilih skincare yang tepat dalam mary kay. Sebab kalau dah tau umur dan jantina tapi tak tau masalah kulit pun ieja as beauty consultant tak dapat mencadangkan skincare yang mana yang sesuai. Yelah walaupun umur ieja dah tau tapi masalah kulit setiap orang tak sama. Antara masalah kulit muka yang biasa dilalui ialah:-
Masalah kulit jerawat
masalah kulit jeragat
Masalah kulit muka kering
masalah kulit muka berminyak
Masalah kulit muka kusam
Masalah muka breakout
Masalah tona kulit tak sekata
Masalah kulit sensetif
Masalah pori terbuka
Masalah muka berparut
Masalah muka berlubang
Masalah penuaan
dll
Jadi bila ieja dah tau masalah kulit muka, ieja akan match kan pulak dengan usia. Bila dah match ieja perlu kenal pasti lagi beberapa faktor yang boleh membantu si dia memilih produk yang sesuai
🌺 Jenis Kulit
Tips memilih skincare yang tepat |
Jenis kulit pun memainkan peranan dalam memilih skincare yang tepat. Sebab kulit muka kita ni ada jenis yang kering, ada jenis berminyak dan ada yang kombinasi. Dalam rejim skincare mary kay ni pun memang telah di formulakan mengikut masalah kulit. Keperluan untuk kulit berminyak tidak sama dengan keperluan untuk kulit kering. Jadi ieja perlu tahu sebelum mencadangkan mana yang sesuai
🌺 Kulit sensetif
tips memilih skincare yang tepat |
Ieja juga perlu mengenal pasti kulit si dia jenis sensetif atau tidak. Ada orang kulitnya amat sensetif. Tidak tahan dengan SPF, ada yang sensetif pada seafood, ada yang sensetif pada makanan dan pelbagai lagi. Jadi bagi mereka yang kulit sensetif kita tidak boleh mencadangkan sebarangan produk. perlu kenal pasti apa masalah kulitnya dahulu
🌺 Produk Yang Digunakan sebelum ni (peeling atau tak)
tips memilih skincare yang tepat |
Tips memilih skincare yang tepat ini pula amat penting. Sebab ia sangat mempengaruhi skincare yang mana yang sesuai untuk kita. Samada perlu di rawat atau boleh terus untuk improvekan kesihatan kulitnya. Especially mereka yang menggunakan produk peeling atau pengelupasan. Kebanyakan mereka akan menghadapi kulit breakout, jerawat peeling, muka sensetif, kulit kemerah-merahan, jeragat, dan adakala selepas menggunakan peeling produk dan telah mencuba pelbagai produk skincare tapi seperti tiada kesan dan macam2 lagi kesan dari peeling produk yang tinggi chemichal ni.. Pada uoll yang pernah menggunakan produk pengelupasan perlulah dirawat dahulu supaya kulit kita menjadi lebih sihat. Bila kulit dah sihat barulah semua vitamin dan zat2 dari skincare akan diserap dengan baik oleh kulit kita. Jika tidak dirawat dahulu dikhuatiri bahan chemichal di dalam kulit kita masih ada dan akan memberi tindak balas yang tidak baik pada kulit kita.
🌺Ada Masalah Dalaman seperti resdung
Ada juga antara kita yang mempunyai masalah dalaman semulajadi seperti resdung. Adakala mereka ni memang mudah berjerawat dan sukar di rawat. jadi skincare yang sesuai perlu diberikan
🌺Ada ambil makanan tambahan/Ubatan/Pil perancang keluarga
pada mereka pengamal makanan tambahan atau bergantung pada ubatan yang diambil juga mempengaruhi skincare yang diambil. Contohnya pada pesakit SLE yang bergantung pada ubat. Adakala ubat ini akan menyebabkan skinnya akan berbelak atau sedikit gelap. Kulitnya pun akan menjadi sedikit sensetif. Jadi sebagai beauty consultant ieja perlu tahu juga kesan2 dari ubatannya dan apa yang boleh dan apa yang tidak. Sama juga dengan mereka yang mengamalkan pil perancang keluarga. Adakala ia menyumbang kesan pada kulit wajah kita
🌺Bajet
tips memilih skincare yang tepat |
Bajet juga adalah salah satu dari tips memilih skincare yang tepat. Memang jika ingin kesan yag maksimum sebagusnya kita digalakkan menggunakan full set skincare tu. Tapi adakala kekangan kewangan juga membantutkan niat kita untuk menggunakan full set skincare. Tapi tidak semestinya jika mempunyai bajet yang sedikit kita tak boleh menggunakannya. Dari masalah kulitnya ieja akan kenalpasti yang mana satu prioprity untuk si dia dapatkan dahulu. Walaupun kita tidak menggunakan semua skincare dalam masa serentak, ia akan membantu memberi kesan juga. Cuma lambat atau cepat tengok pada masalah kulit uoll. Dan sebenarnya tak semua orang perlu full set skincare untuk permulaan. Tapi yang penting tahu yang mana perlu dahulu
🌺Impian kulit
tips memilih skincare yan tepat |
Tips untuk yang ini juga aat penting untuk dikenal pasti. Setiap orang tak mempunai impian yang sama. Mungkin ada orang yang berimpian untuk menghilangkan jeragat dahulu baru diikuti dengan menegangkan kulit. Ada juga yang sebaliknya. Jadi uoll kena kenalpasti apa impian yang utama dahulu dalam memilih skincare yang tepat dan diikuti dengan langkah seterusnya untuk mendapatkan skin yang sihat
Itu adalah antara tips memilih skincare yang tepat dalam mary kay. Setelah dikenalpasti mengikut keperluan dan masalah, baru kita tahu yang mana sesuai dengan kulit kita.
Ieja akan bantu uoll untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat.
Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant Mary Kay
FB: ieja yusof
Insta: ieja MK
No comments:
Post a Comment