💖PRODUK KECANTIKAN MANA YANG BAGUS💖
Hi uolls,
Selalu kalau nak beli skincare mesti kita survey2 dulukan produk kecantikan mana yang best. Kadang2 survey online, kadang2 just walk in di kedai2 ke atau di mall. Tapi kalau di mall selalunya kita senang terpengaruh yang ada promoter dan packaging menarik.
Tapi ada juga yang sebelum membuat pembelian akan survey dulu di online mana yang best . Tapi kadang2 sayangnya bila survey online ni cepat terpengaruh dengan dengan viral2 sampai kadang2 kita lupa nak selidik latar belakang dan kandungannya.
Tapi dalam produk kecantikan sebenarnya terdapat beberapa istilah yang harus kita ketahui. Antaranya ialah
🌺Produk kecantikan dari drugstore
Produk kecantikan yang dijual di guardian, watson atau farmasi, dipanggil produk kecantikan drugstore. Kebanyakan produk dari drugstore ialah barangan yang diluluskan atau tiada bahan terlarang. Ia lebih selamat berbanding kita beli secara online atau tidak ketahui asal-usulnya. Contoh antara produk2 drugstore ialah nano white, bio essence, cetaphill dan macam2 lagi.
🌺Produk kecantikan dari counter
Produk kecantikan dari counter ni pula ialah selalunya produk yang exclusive seperti SKII, Clinique dan pelbagai. Kebanyakan produk kecantikan dari counter ni juga selamat seperti di drugstore.
🌺 Produk kecantikan yang jenis blemishing produk
Produk kecantikan jenis blemishing produk ni pula ialah produk bukan peeling, tapi ia memutihkan. Ia memudarkan warna kulit. Contoh blemishing produk ialah safi, fair &lovely dan garnier. Kita boleh juga dapatkan di drugstore
🌺 Produk kecantikan yang mengelupas atau peeling
Produk kecantikan yang jenis peeling atau mengelupas ini antara yang bahaya digunakan kerana ia selalunya terdapat bahan2 larangan seperti merkuri. Produk peeling selalu menjanjikan putih dalam masa yang singkat 3 hari atau 7 hari dah berkesan. Dan selalunya produk2 peeling ni tidak boleh dijual di drugstore atau farmasi sebab ia mempunyai bahan terlarang dan ia selalunya di jual di online2 atau dikedai2 biasa atau kiosk.
Produk peeling ni pun juga dikenali produk timbang kilo. Tiada penyelidikan dan selalunya ia di rebrand sahaja.
kesan dari produk peeling ni amat bahaya. Kerana ia bukan sahaja merosakkan kulit, tapi adakala ia boleh terkesan hingga ke organ dalaman kita.
Nanti ieja akan ceritakan lebih detail mengenai peeling produk ni. Sebab banyaknya yang uoll perlu tahu mengenai peeling produk ni.
Tips Untuk Beli Produk Kecantikan
🌺Beli yang mempunyai R&D
Untuk pengetahuan uoll, hanya 2% cosmetik company sahaja yang membuat R&D dalam dunia ni. Dan 2% tu termasuklah mary kay. R&D ni penting untuk memastikan produk kecantikan ini selamat digunakan dan bukan menggunakan bahan sembarangan. Bila ada R&D ini bermaksud bahan yang digunakan adalah bahan yang benar2 berkualiti.
Mary kay menjalankan beratus ribu ujian dan membelanjakan berjuta dolar dalam R&D agar dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat
🌺Produk yang ada guarantaee
Mary kay juga memberikan 90 hari guarantee pada setiap produknya kerana produknya yang berkualiti company berani memberi jaminan untuk memastikan penggunanya dapat yang terbaik
🌺Beli kosmetik yang telah diuji keatas manusia dan bukan haiwan
Banyak juga produk kecantikan di luar sana yang telah membuat ujikaji terhadap produk kecantikannya. Tapi ada juga yang membuat ujikaji terhadap haiwan kerana masih ragu2 dengan bahan yang digunakan. Tapi Mary Kay menjalankan ujikajinya terhadap manusia dan bukan haiwan. Haiwan dan manusia tidak mempunyai ciri2 yang sama ketahanannya
🌺Beli yang dah lama bertahan di pasaran kerana ia membuktikan produk itu selamat
Mary Kay dah bertahan selama 56 tahun. Ini bermaksud ia adalah sebuah company skincare yang sangat lama bertahan dan tidak pernah muflis. Disebabkan ia mempunyai demand yang tinggi, ia boleh bertahan sehingga kini.
Produk mary kay telah dinobatkan antara skincare top 5 skincare brand. Ini membuktikan produk mary kay adalah produk yang selamat
🌺Beli yang kita ketahui kilangnya dimana
Kadang2 kita tak kisah pun barang tu di perbuat dari mana. Apa asal usulnya, macammana kilangnya. Tapi bila kita dengar tempat pembuatannya tak bersih, kilangnya dirumah sahaja just masuk dalam bekas je. Mula kita rasa tak sedap hati dengan keselematan produknya. Tiada R&D dan tiada ujikajinya. Agak bahaya juga untuk menggunakannya jika kita tidak tahu asal usul sesuatu produk. Paling tidak kita tahu kilangnya dimana dan ia betul2 wujud.
Sebab tu ieja kalau memilih produk selalu lebih berhati2. Especially melibatkan makanan dan digunakan ditubuh badan kita. Bukan nak yang branded sahaja, tapi biarlah yang betul2 ada kualiti dan selamat. Badan dan muka kita nak pakai lama. Kalau sakit atau sesuatu yang tidak diingini nanti diri kita juga yang susah.
🌺Beli yang ada banyak testimoni
Testimoni ni penting untuk melihat keberkesanan produk. testimoni produk mary kay bukan sahaja di dalam negara tapi di luar negara pun ada berjuta2 testimoni. Bila dah ramai buktikan ia berkesan sudah pasti ia adalah produk yang selamat dan berkesan.
🌺Perhatikan ingredient
Jika produk kecantikan uoll mempunyai hydroquinone, tretinoin, merkuri dan paraben, uoll perlu elakkan kerana mempunyai bahan kimia yang tinggi dan merbahaya untuk diri kita. Elakkan menggunakan produk peeling ini kerana kebanyakannya ia mempunyai bahan2 merbahaya ini.
Jangan ambil mudah dalam memilih prodduk kecantikan ni. Jangan terlampau obses sehingga kita tida ambil berat tentang keselematan sesuatu produk itu. Pilihlah yang selamat dan berkesan
Kalau uoll nak ieja bantu dalam pemilihan produk kecantikan mary kay bolehlah contact ieja. Ieja akan bantu uoll untuk dapatkan produkkecantikan yang sesuai dengan uoll
Love💕
Ieja MK
Mary Kay Beauty Consultant
No comments:
Post a Comment