Wednesday 8 May 2019

Ativiti Di Bulan Ramadhan

💖MOOD HOME MADE JUADAH PUASA💖


 Salam ramadhan uoll

Apa aktiviti uoll bulan puasa ni. Ieja tahun ni excited sangat buat juaadah berpuasa kali ni. Di sebabkan cuaca sangat panas, jadi gigihkan diri untuk buat kuih-muih sendiri tanpa membeli di bazar. Lagipun kadang2 beli di bazar rasa tak berapa AUMMM....dan yang sebenanrya penyakit M nak bersiap keluar amatlah tinggi.

Untuk minggu pertama ni masih gagahlah buat kuih muih ni. Excited mencari resepi2 kuih. Kalau boleh yang boleh frozen sbb waktu buka ni bukan nak makan banyak sgtpun. Jadi yang lebih tu boleh di frozenkan.

Resepi hari pertama ialah roti jala. Alhamdulillah boleh dimakan roti jalanya. Disebalik kejadian roti jala ni ada bahan yang tak cukup. Acuan tak de, pewarna tak. Tapi Alhamdulillah jiran2 kelilig baik2. Mereka bagi pinjam kan acuan dan sedikit pewarna. Disebabkan ada request untuk menjala lagi. Makanya semalam gigihkanlah jugak tengah panas tu gi beli acuan menjala dan gantikan pewarna kuning yang telah dipinjam.

Hari keduanya pulak excited nak buat apam sebab dah dpt gi beli pompang baru. Tapi asal nak buat apam coklat. Ntah macammana boleh pulak terbuat apam gula hangus. First time buat. Disebabkan tiada pengalaman. Gula hangus dan jadi gula hangit. Bila dah siap masalah pertama ialah apam jadi kecut, dan bila rasa Allah hu Akbar, pahit dn tak de rasa manis pun. Ermmmm...tapi anak yang sulong tu makan jugak. Afiq tu memang always supporter masakan ieja. Sedap ke tak sedap ke dia telan jugak. Kadang2 terharu tengok. Akhirnya lebihan kuih tu ke tong sampah juga. Mak pesan dulu, kalau buat kuih memang macam tu. Adat orang belajar buat kuih. Tak sedap ke tanah jua. Kalau tak cuba dan tak belajar dari kesalahan sampai bilapun takkan pandai.

Jadi misi hari ni ialah buat apam coklat. Back tu menu asal. Harap2 menjadilah dan tiada pembaziran.

Oklah dah nak hantar anak sekolah pulak ni. Hari ni kurang idea nak share pasal Mary Kay sebab mood ramadhan baru sampai. Jadi excited sebagai mak2 ni lebih sikit.

Harini ieja plan nak buat pada plan asal apam coklat. Harap2 hari ni menjadi

No comments:

Post a Comment