Sunday 17 February 2019

Aktiviti Anak

Semangat tak pernah luntur


Bermula dari tahun 3 menyertai kelab lestari vipers. Walaupun permulaannya dia hanya player yg dtg training sahaja, kadang2 training pun duk tepi bg laluan untuk player yg menyertai game berlatih, adakala tak terpilih untuk game, dan dapat tgk kawan2 je dpt borang untuk game blk muka sedih, termenung, buat2 tido. Tak pernah pun dia cerita yang dia sedih, tak mo pegi training semua. xpernah merungut atau putus asa. 

Tapi mama tetap tau walaupun dia tak bercerita. Tapi dia tetap xputus asa utk pergi berlatih dan terus berlatih. Kalau ada selection lagi terharu kadang2 mama dengar, 

"afiq nak gi awal, hari ni ada selection mana tau kalau ada kawan tak boleh main, afiq boleh gantikan". Syahdu mama dengar kadang2. Terharu sebab afiq tak pernah rasa jemu. Kalau mama pun mungkin ada goyahnya. Selalu mama bagi semangat dekat dia walaupun mungkin hari ni kita bukan yang terbaik atau tak terpilih, tapi kita kena terus berusaha, mana tau kalau suatu hari nanti ada rezeki kita. 

Mama puji semangat afiq yg tak pernah mengalah dan terus cuba dan berlatih
Hari ni walaupun dia pegi dan nyatakan hanya sebagai pemain simpanan, tapi bila blk diberi penghargaan kecil dr kelab sebagai pemain terbaik utk minggu ni, mama tumpang gembira. Ada juga peningkatan dalam usaha afiq selama 3 tahun ni. Walaupun ada org lain lg hebat, lg besar trofi, lagi byk hadiah, tp sekurangnya afiq dah cuba yg terbaik

*mama touching sbb tgk afiq xpernah jemu berlatih dan putus asa.
Main betul2 belajar pun kena betul2. Itu je pesannya. Mama always support apa yg anak minat


No comments:

Post a Comment