Tuesday 22 January 2019

Tips Pilih Foundation

Pilih Foundation Yang Nampak Flawless

Ramai tak yang pening bila nak pilih foundation. Nak tau tak tips pilih foundation. Mindset sebenarnya bila nak pilih foundation nak nampak kulit jadi cerah. Tapi hakikat sebenarnya kalau kita guna foundation cerah dari kulit akan menampakkan muka kita jadi kelabu asap. Mulalah gundah gulana kata muka tak sesuai guna foundation dan tak reti make up.

Memang agak trauma masa dulu nak pakai foundation. Tapi tengok orang pakai foundation muka nampak mulus je. Dapat tutup parut2 dimuka, nampak tone muka sekata. Tapi kita yang tak nak bertanya dengan orang dan suka suki memilih warna yang cerah dari kulit rasa macam pakai topeng je kat muka. Tu yang sis tercari2 juga tips pilih foundation

Bila dah joint mary kay, dah kenal warna dan jenis kulit dan dah tau tips pilih foundation barulah pakai foundation ni elok sikit. Barulah tau kenapa dulu pakai foundation nampak bercapuk, napa nampak kelabu semua.

Tips pilih foundation



  • Tengok undertone - undertone ni ialah warna asal kulit kita. Kulit kita mempunyai 2 base color Iaitu pinkish yang nampak kulit kita ala2 kemerahan dan yellowish nampak macam kuning2 langsat gitu.
  • The best combination ialah bila kita memilih warna foundation berlawan dengan base tone kulit kita. Contohnya ialah base kulit kita ialah yellowish, jika kita gunakan foundation yang yellow tone, ni akan membuatkan kulit muka kita akan nampak bertambah kuning. Jadi untuk nampakkan kulit kita neutral, kita perlulah balancekan dengan menggunakan foundation yang pinkish tone.  mixkan kedua2 warna akan menampakkan kulit muka kita lebih neutral
  • Pilih warna yang seakan dengan warna kulit kita. Jika kita memilih terlalu cerah ia akan menyebabkan muka nampak kelabu asap, tapi jika kita memilih terlalu gelap ia akan menampakkan muka kita seperti lebam
  • Tempat terbaik untuk test warna foundation ialah bagi mereka yang bertudung ialah di rahang, manakala bagi mereka yang free hair bolehlah mencuba di leher. Tapi elakkan dari mencuba foundation di tangan. Kerana tangan dan muka adalah 2 skin tone yang berbeza.
tips pilih foundation


Kalau dah tau cara pilih foundation yang betul, lepas ni bolehlah muka nampak lebih flawless, nampak neutral beautykan. Tak perlu risau untuk nampak lebih cantik.

Kalau uoll nak sis tolong pilihkan pun boleh. Wasap je no sis di bawah. Nanti sis akan bantu uoll untuk nampak kulit uoll lagi flawless.


Love💓
Ieja
Mary Kay Beauty Consultant
0182294573

No comments:

Post a Comment