Wednesday 5 September 2018

Foundation Yang Bagus

Mencari-cari foundation yang bagus

Foundation yang bagus
Seronok kalau tengok muka cantik flawless, glowing. Nampak neutral beauty je. Selalunya kalau muka berparut, jerawat kita akan pakai foundation untuk menghilangkan atau menyorokkan parut dan cela-cela di muka. Tapi bukan mudah untuk mencari foundation yang bagus untuk muka kita.
Saya pernah mencuba pelbagai jenis foundation. Dari yang jenis cream hinggalah ke liquid. Dari brand biasa-biasa hinggalah ke international brand. Dari jenis yag tak de pilihan warna yang katanya boleh sesuai dengan semua kulit muka hinggalah yang ada berpuluh warna untuk dipilih.
Tapi semuanya saya hanya guna sekali sahaja. Sampai satu tahap trauma dah nak guna foundation ni. Foundation ni salah pilih warna muka akan nampak kelabu atau tebal semacam, salah cara pakai pun akan nampak bercapuk. Selain tu jika tak sesuai dengan kulit akan menyebabkan berminyak atau jadi kering ia akan jadi crack. Saya masih tak menjumpai foundation yang bagus untuk muka saya.
Jadi member mary kay saya dapat foundation. Mulanya tak berminat nak guna. Sebab ada pengalaman hitam. Tapi sebab dah ada saya cuba guna. Bila guna feel dia lain dari yang biasa.

Foundation yang bagus
Rasa ringan dan tak tebal. Kulit rasa bernafas. Masih full coverage walaupun kita merasakan ia nipis. Yang paling best ia tak merasa berminyak dan tidak rasa merekah. Walaupun telah berpeluh-peluh ia masih lagi nampak neutral di muka. Ini adalah percubaan pertama kali saya yang saya rasa foundation yang bagus untuk muka saya.
Bila dah tengok nampak flawless dan rasa serasi sangat di muka saya terus menggunakan foundation ini setiap kali keluar. Diri pun rasa confident.

Kelebihan TW Foundation Matte ini ialah
  • Sesuai untuk kulit kombinasi
  • Ada kandungan emollient untuk kulit kita nampak lebih lembap dan glowing
  • Ada kompleks pengawal minyak yang menyerap minyak
  • Tekstur yang sangat ringan dan lembut, memberi kesan yang sempurna
  • Mesra solat mudah dibersihkan
  • Dapat menutupi garis-garis halus, kedutan dan tidak kesempurnaan pada wajah
  • Mampu melindungi dan merawat kulit agar kulit kelihatan gebu
  • Ada pelbagai warna yang boleh dipilih untuk yang sesuai dengan kulit muka
Penggunaan foundation juga boleh membantu kulit kita nampak sekata dan glowing. TW foundation matte ni bukan sahaja boleh membuatkan muka kita nampak cantik. Ia juga memelihara kulit kita agar sentiasa sihat. Pemilihan foundation yang bagus ialah yang menyihatkan kulit muka dan bukan merosakkan semata-mata untuk nampak cantik.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan foundation ini, tapi tidak mengetahui warna atau cara yang sesuai, saya akan bantu anda.Boleh klik di bawah atau hubungi no yang tertera.

No comments:

Post a Comment