Tuesday 19 June 2018

Harga Produk Mary Kay

22:28 0

Mahal atau Murah Harga Produk Mary Kay



Ramai rakan-rakan atau prospek yang berminat dengan Mary Kay, tetapi khuatir dengan harga produk Mary Kay. Ramai yang beranggapan harganya amatlah mahal. 

Sebelum saya terjebak dengan Mary kay pun saya beranggapan macam tu. Belum lagi kawan terangkan baru bagi tau, saya dah menolak. Ni kerana orang sekeliling saya selalu menceritakan yang mary kay ni mahal. Tapi tak de pulak yang bagi tau kelebihannya

"Tak Naklah Mary Kay Mahal"

Saya hanya selalu menggunakan produk dari drugstore seperti watson, guardian. Tapi selalunya saya akan bertukar-tukar produk. Adakalanya produk tak habis lagi saya dah mencuba sesuatu yang baru atau lain. Ini kerana saya mencari-cari produk yang sesuai untuk kulit saya. Biasalah, kalau beli di kedai-kedai ni kita tak betul-betul dapat konsultasi dari promoter. Kalau bernasib baik kita akan jumpalah promoter produk tu, tapi next time xtentu lagi kita akan dapat konsultasi daripadanya.  kalau tak bernasib baik kita perlulah mencari sendiri produk yang kita inginkan. Sebab itu adakalanya kita tak dapat produk  seperti yang kita inginkan.

Mula perkenalan dengan Mary Kay, saya agak terkedu juga. Harga produk Mary Kay agak boleh tahan. Kalau tengok set dia memacam ada. Perlu ambil semua ke?. Pasti mahalkan. Tapi bila kita tahu cara yang betul , pelaburannya amatlah berbaloi. Kita tidak perlu mengambil semua produk. Hanya perlu ambil yang perlu dan bersesuaian sahaja. 

Bila di bandingkan harga produk Mary Kay dan produk organik yang ada di pasaran, harganya tidaklah jauh beza. Tapi keuntungannya jika kita menggunakan produk mary kay, kita akan mendapat konsultasi berterusan. tidak kira siang atau malam, boleh aje kita whatsapp atau call dengan Independent Beauty Consultant untuk bertanya mengenai progress pemakaian produk mary kay yang kita gunakan.

Selain dari itu Mary Kay ini terjamin kualitinya bersesuaian dengan harganya. Ini kerana 

  • Mary Kay ada Research and Development mereka sendiri 
  • Teknologi yang digunakan adalah teknologi yang terkini
  • Mereka mempunyai saintis yang bertauliah untuk memastikan produk yang dikeluarkan amat berkualiti
  • Produk Mary Kay ini mengambil masa 6 tahun untuk di hasilkan. Ini membuktikan bahawa produk ini betul-betul selamat digunakan 
Setelah saya menggunakan produk Mary kay, saya rasa harga produk mary kay amat berbaloi. Rasanya ada produk yang lagi mahal tapi konsultasi tak dapat seperti di Mary Kay. Dengan pemilihan produk yang betul untuk kulit saya, membuatkan saya terus menjadi produk lover dengan Mary Kay. Tak de lagi masalah produk tidak bersesuaian dengan kulit saya. 



Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mary kay, bolehlah berhubung dengan saya seperti nombor dibawah. Saya akan bantu anda hingga anda dapat kepuasan menggunakan Mary kay