Bila cakap pasal takaful, mesti ramai confusekan. Nak ambil medical card atau hibah. Especially untuk mereka yang tak pernah ambil tahu ataupun tak de knowledge mengenai takaful. Ieja pun asalnya macam tu.
Sebabkan ada kekangan budget dan anak2 ramai, jadi ieja perlu pilih ikut keutamaan dan manfaatnya agar dapat digunakan sebaiknya. Hakikatnya kita orang yang biasa2 ni perlu ada medical card atau hibah. Sebab kos perubatan semakin lama semakin mahal yang boleh capai ribu riban.
Kadang2 kita fikir orang kaya bolehlah nak guna medical card ke hibah. Kita bolongan yang biasa2 ni mana mampu. Hakikatnya kita yang biasa2 nilah golongan yang memerlukan. Sebab kita ni saving dah lah tak berapa banyakkan. Bila sekali nak guna untuk perubatan, duit simpanan hari tua tu jugaklah yang nak guna. Sedangkan orang kaya sebenarnya ada yang simpanan yang boleh mereka bayar untuk kos perubatan. Tapi mereka juga mengambil medical card untuk selamatkan dari simpanan digunakan. Malahan kita ni sebenarnya tak tahu samada saving kita tu mencukupi ataupun tak
Jom Ieja sharekan apa mana yang paling penting hibah atau Medical Card
Jika uoll ada kekangan bajet, mungkin ada beberpa faktor yang uoll perlu fikirkan. Agen takaful pun sebenarnya tak nak uoll ambil polisi dengan mereka tapi lepas tu uoll tak konsisten bayar atau terbeban terberhenti separuh jalan.
👉 Medical card- Yang ni paling utama yg kena fikir. Jika uoll mempunyai ahli keluarga yang ramai dan ada kekangan bayaran, sekurangnya uoll ada medical card untuk anak2. Sebab anak2 ni terdedah kepada risiko. Yelah pergi sekolah balik sekolah, sukan, keluar dengan kawan2kan. Jadi selalu berada diluar pengawasan kita. Anak2 yang dihantar ke day care juga terdedah dengan pelbagai penyakit demam selsema dan sebagainya. Jadi anak2 ni perlukan medical card untuk tabung kecemasan perubatannya.
👉 Hibah - Kalau ada kekangan bajet ketua keluarga atau siapa yang menanggung keluarga tu bolehlah memilih hibah. Sebagusnya ambil kedua2nyalah. Tapi kalau tak de sekurangnya hibah. Untuk kita yang dah berumur atau ayah2 ni jika alternatifnya boleh pergi ke hospital kerajaan. Kita yang dah tua walaupun ke hospital kerajaan tu agak lama tapi sekurangnya kita dah biasa berdikari dan hidup yang penuh cabaran ni. Kalau anak2 ni sebagai ibu bapa mestilah tak sampai hati tengok diaorg sakit2 tu kena uruskan diri sendiri, sakit menunggu lama lagi tukan. Mestilah sebagai ibubapa nak bagi keselesaan pada anak2. Especially anak yang masih kecil
Hibah ni di gunakan bila kita sebagai ketua keluarga hilang upaya kekal atau kemalangan jiwa berlaku. Dengan hibah ni sekurangnya setelah ketiadaan kita atau apa2 kemalangan yang tak diingini berlaku ada duit untuk terus menyara keluarga. Sekiranya ketua keluarga tak de, anak dan isteri boleh meneruskan kehidupan untuk menampung perbelanjaan harian. Kesedihan kehilangan tak delah di bebani dengan hutang dan tanggungan yang ditinggalkan. Kalau kata nak tunggu faraid pastilah lama prosesnya sebab ia melibatkan banyak pihak dan proses.
Tapi sekiranya kalau ada bajet peruntukanlah untuk hibah dan medical card. Kita tak tau bila kita sakit dan perlukan kewangan bila kita dah sakit
Sekiranya uoll nak tahu lebih mengenai medical card dan hibah, bolehlah contact ieja. Ieja sentiasa nak bantu uoll untuk mendapat takaful yang terbaik
KENAPA PERLU PILIH IEJA UNTUK GUIDE
🌟 Support team yang aktif
🌟 Team yang prove success dalam bantu ramai client
🌟 FREE tips/guide memaksimakan manfaat takaful
🌟 Personal Guide dengan ieja
Salam
Ieja Faiezah
Wasap: https://hiieja.wasap.my/
Tiktok: https://bit.ly/458LRW2
🌟 Support team yang aktif
🌟 Team yang prove success dalam bantu ramai client
🌟 FREE tips/guide memaksimakan manfaat takaful
🌟 Personal Guide dengan ieja
Salam
Ieja Faiezah
Wasap: https://hiieja.wasap.my/
Tiktok: https://bit.ly/458LRW2
No comments:
Post a Comment