Wednesday, 17 May 2017

Turunkan Berat Badan

Turunkan Berat Badan Secara Sihat


Hanya tinggal 2 minggu sahaja untuk kita berpuasa. Tapi sejak kebelakangan ini badan saya selalu rasa kepenatan. Di tambahkan lagi bila timbang berat badan saya telah bertambah. Kalau ikutkan berat badan ideal saya ialah 45kg ke 50kg. Tapi sekarang dah terlebih 6kg. Patutlah bila selfie nampak bam bam je. Nak raya ni mesti lagi banyak nak selfie. Jadi misi untuk turunkan berat badan haruslah dilakukan segera.

Mesti ramai seperti saya. Badan senang sangatlah nak naik, tapi bila nak turun memang susah. Tapi bila skip makan atau selalu tak makan, berat tak juga turun tapi gastric pulak yang datang. Bila jadi macam ni diet yang terbaik untuk saya ialah diet seimbang untuk turunkan berat badan.


Sebelum ni saya ada menggunakan produk yang boleh turunkan berat badan. Replacement meal berasaskan soya. Hampir 5 tahun saya menggunakannya. Bagi saya memang berkesan. Saya ni jenis suka lupa makan ubat. Tapi bila mengamalkan replacement meal ia amat mudah untuk saya mengamalkannya. Kerana kalau lapar terus je minum replacement meal tu. Cuma yang agak sukar bagi saya, minuman yang berasaskan soya ini perlu dibuat dengan betul. Selalunya saya akan blendkannya agar ia tak berketul-ketul.


Dah 3 tahun saya berhenti dengan supplemen berat badan ini. Sekarang kena mula semula sebab berat badan pun dah naik. Ingin cari yang lebih simple dan mudah di sediakan. PIlihan saya ialah ELITES7. Cara pengambilannya mudah hanya campurkan 1 sachet ke dalam 150ml air sejuk atau suam. Ia bukan berasaskan soya. 100% organik juga dan berasaskan buah-buahan. Next entri saya akan detailkan lagi mengenai ELITE S7 ini. 



11/05/2017 adalah hari pertama saya menggunakannya. Misi kali ini ialah untuk turunkan sebanyak 6kg masa raya bersama ELITE S7. Tak taulah berkesan atau tak. Adakala bukan produk yang tak berkesan, tapi tuan badan yang tak berdisiplin.

Sebenarnya misi untuk turunkan berat badan bukan semata-mata untuk kurus. Tapi untuk mengembalikan badan yang lebih bertenaga. Bila badan kita ringan bonus yang kita dapat ialah badan lebih sihat dan bertenaga. Selain itu amalan pemakanan yang sihat sangat membantu untuk kita menjadi lebih sihat dan bertenaga.


Harap misi untuk turunkan berat badan ini bersama ELITE S7 akan berjaya.