Friday, 14 April 2017

Pertemuaan Dengan Sheen sebagai Makanan Kesihatan Diri

Sheen Makanan Kesihatan Diri


Makanan kesihatan diri

Inilah dikatakan Jodoh bertemu dengan Sheen iaitu salah satu makanan kesihatan diri dari luaran hinggalah dalaman. Mesti ramai yang tak tahu apa itu sheen kan. Kalau google gambar pun mesti banyak keluar gambar jam, perempuan-perempuan seksi. Masa mula-mula saya dengar pun saya pun tak tahu. Saya cuba google itulah hasilnya.

Kebetulan waktu lepas anak2 semua sudah ke sekolah saja melayan fb sekejap sementara memulakan rutin harian. Tiba-tiba saya terberhenti di satu live video ni. Seperti ku kenal sahaja wanita bertudung hitam tu, bila tengok statusnya, benarlah itu jiran saya. Jadi saya terus mendengar apa lah yang Rina ni live kan. Rupa-rupanya beliau ialah salah seorang dari pengguna sheen ini.

Saya tak tahu kenapa saya tertarik dengan apa yang diperkatakan. Sebenarnya saya bukanlah senang terpengaruh dengan produk-produk makanan kesihatan diri. Sedia maklumlah sekarang ni produk-produk kecantikan ni dah terlampau banyak di pasaran. Tapi saya memang suka mengamalkan supplemen untuk kesihatan diri. Walaupun duduk di rumah untuk menjaga anak, tapi kesihatan diri perkara yang paling saya utamakan. Tidak kiralah kesihatan luaran atau dalaman. 

Apa yang menarik tentang sheen ini ialah, kandungan yang terdapat di dalam produknya. Kandungannya yang berbeza dengan produk-produk yang lain di pasaran membuatkan saya tertarik untuk mencubanya. Selain itu produk ini juga mempunyai seorang doktor yang memantau kandungan dan keberkesanan produk ini. Sheen ialah produk yang 100% organik. Ia merangkumi makanan kesihatan diri untuk dalaman dan luaran. Cara pengambilannya amat mudah. Ia terdiri daripada 2 produk sahaja iaitu Dreamzy  Snow dan Serum. Dreamzy Snow ialah untuk dalaman dan Serum adalah untuk luaran. Saya telah mencuba kedua-duanya dan suka sangat hasilnya

Untuk mengetahui apa itu Dreamzy Snow dan serum saya akan terangkan pada next entri.