Saturday, 15 April 2017

Online Busines Pilihan Terbaik

Online Business Pilihan 

Online busines

Di zaman sekarang yang segala-galanya mahal dan ekonomi yang tak berapa stabil membuatkan kita perlu membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Antara alternatif yang ada ialah dengan membuat online busines

Online busines antara yang paling ramai yang menceburinya. Selalu perniagaan online ini banyak di ceburilah oleh suri rumah dan pelajar. Namun ada juga mereka yang berkerja membuat part time untuk mencari duit lebih.

Saya sangat teruja buat online busines. Sejak saya masih berkerja hinggalah saya sudah berhenti kerja. Berminat untuk berniaga bukanlah semata-mata untuk mendapatkan pendapatan lumayan, tetapi ia lebih kepada minat dan suka berkongsi sesuatu kebaikan dengan orang lain.

Saya suka melakukan online busines kerana ia amat mudah untuk diuruskan dan tidak mempunyai kos tanggungan untuk bulanan yang tinggi. 

Sejujurnya saya telah mencuba pelbagai jenis perniagaan sehinggalah saya pernah membuka kedai hasil produk yang laris di online. Sepanjang menguruskan kedai pelbagai dugaan dan cabaran yang saya hadapi. Dari menguruskan kos overhead setiap bulan, staf  dan pelbagai lagi. Ia bukan sesuatu yang mudah bagi saya. Selain itu kekangan masa yang saya alami ketika itu ialah masa untuk menguruskan kedai, anak-anak dan waktu berkerja saya. Akhirnya saya pasrah untuk berundur. Tapi ia bukanlah mematahkan semangat saya untuk terus berniaga.

Antara cabaran yang saya belajar ialah, bukan mudah untuk menguruskan sesuatu perniagaan jika kita tidak menumpukan 300% dari usaha untuk perniagaan kita. Selain itu bukan mudah untuk mendapatkan perkerja yang betul-betul ingin berkerja untuk membantu kita memperkembangkan perniagaan bersama-sama. 

Selepas kejatuhan perniagaan itu tidak mematahkan semangat saya untuk mencuba pelbagai perniagaan lain. Saya pernah membuat business makanan seperti apam polakdot, kek muffin, popia nestum  dan pelbagai lagi. Memang seronok kerana permintaan sentiasa ada dan sesuai dengan hobi saya yang suka memasak. Tetapi dengan komitmen anak-anak yang masih kecil dan saya masih berkerja ia agak terbeban. 

Selain itu saya juga pernah membuat online busines produk kesihatan. Bagi saya ia amat menyeronokkan. Selain minat saya terhadap menjaga kesihatan diri, saya amat seronok apabila perkara yang positif dengan diri saya dapat dikongsi dengan orang lain.

Pada 04.10.2015 saya telah tekad untuk berhenti kerja dan ingin memulakan online busines. Tapi hampir setahun saya masih tidak boleh untuk sesuaikan masa dengan urusan hakiki di rumah. Ditambahkan anak kembar saya yang baru sahaja melangkah ke tahun 1 membuatkan saya perlu lebih perhatian menguruskan 3 hero yang bersekolah kebangsaan dan 1 orang yang bersekolah tadika. Selama setahun niat untuk memulakan online busines untuk diri sendiri masih terkubur. Di tambah lagi suami saya juga menjalankan online busines dan terpaksa membantu beliau untuk memperkembangkan perniagaannya. Alhamdulillah pada waktu itu rezeki bertambah selepas saya berhenti kerja. 

Pada awal tahun 2017, saya telah merasakan urusan anak-anak dan keluarga sudah mula teratur. Saya sudah mula ingin menjalankan online busines untuk diri saya. Pilihan saya untuk melakukan sesuatu perniagaan itu biarlah ia dari minat dan hobi. Ini supaya biarlah hobi itu boleh membantu menambah baik ekonomi keluarga saya. 

Antara pilihan online busines saya ialah, sudah pasti makanan kesihatan untuk diri saya. Ia amat mudah untuk diuruskan dan mempunyai prospek yang tinggi. Walaupun ada yang mengatakan produk kesihatan sangat tepu di online, tapi ia mempunyai permintaan yang tinggi.

Sudah pasti pilihan saya ialah SHEEN. Kerana ia mempunyai keunikan yang tersendiri. Apa pun saya percaya rezeki Allah yang tentukan. Kita hanya perlu berusaha, jika di izinkan Allah, rezeki itu akan jadi milik kita. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sheen bolehlah menghubungi saya.

WHATSAPP: 0182294573